SOLO: "Terima kasih Indonesia, Chom Reap Sour Cambodia (Helo Kemboja)."
Sukan Para ASEAN (APG) Ke-11 ditutup secara rasmi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di Stadium Manahan di sini malam tadi selepas seminggu aksi sukan yang menghimpunkan atlet-atlet para serantau berlangsung.
Majlis penutupan yang hebat itu dimulakan selepas selesai perbarisan 11 kontinjen mewakili negara-negara ASEAN dengan Kontinjen Malaysia mengenakan pakaian trek dengan jaket memaparkan imej harimau merupakan pasukan keempat dalam perbarisan itu dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.
Jokowi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada 1,200 atlet yang menyertai temasya sukan itu dan berkata Indonesia berbangga untuk menjadi tuan rumah selama lapan hari kepada golongan atlet kurang upaya dari rantau ini.
Turut hadir, Wanita Pertama Indonesia Iriana Jokowi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Para ASEAN Indonesia (INASPOC) Gibran Rakabuming Raka dan Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Jen Osoth Bhavilai.
Selepas bendera APSF diserahkan kepada wakil tuan rumah seterusnya, Kemboja, satu lagi persembahan hebat disajikan oleh negara itu sebagai tanda selamat datang.
Kemboja akan menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA dari 5 hingga 16 Mei diikuti dengan APG dari 3 hingga 9 Jun tahun hadapan di Phnom Penh.
Malam penutup itu diakhiri dengan persembahan bunga api yang menarik, menghiasi langit bandar di tengah Pulau Jawa itu sejurus selepas kawah api temasya sukan itu dipadamkan.
Malaysia yang diwakili kira-kira 70 atlet mengakhiri kempen kali ini dengan mengumpul 36 pingat emas, 20 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
Tuan rumah, Indonesia seperti dijangka menjuarai secara keseluruhan dengan kutipan pingat 177-144-107 dan ini merupakan kali ketiga ia muncul juara keseluruhan mengulangi kejayaan di edisi Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017. Thailand yang mengumpul 113-113-86 pingat and Vietnam (63-58-54) masing-masing di tangga kedua dan ketiga.
Indonesia bersetuju menjadi tuan rumah hanya beberapa bulan sebelum ini selepas tuan rumah 2019 Filipina dan tuan rumah 2021 Vietnam menarik diri daripada menganjurkan temasya sukan itu atas faktor kewangan dan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Persembahan bunga api pada Majlis Penutupan Sukan Para ASEAN Solo 2022 di Stadium Menahan, Solo, 6 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.
PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.
APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.
APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.
APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.