HANGZHOU: Selepas 13 hari Sukan Asia 2022 menutup tirai, kini tiba giliran 113 atlet 'luar biasa' negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.
Turun dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, hampir pasti kejutan bakal dijelmakan satu persatu atlet para negara yang akan membawa cabaran negara menerusi pembabitan dalam 14 daripada 22 sukan yang bakal dipertandingkan di bumi Hangzhou.
Acara sukan yang disertai kontinjen negara kali ini membabitkan memanah, olahraga, badminton, berbasikal, powerlifting, menembak, renang, ping pong, bola keranjang berkerusi roda, lawan pedang berkerusi roda, tenis berkerusi roda, boccia, bola sepak buta dan boling padang.
Jika pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, 15 pingat emas disasarkan namun, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tampil dengan pendekatan formula sasaran pingat tanpa warna apabila menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia kali ini.
Sasaran rendah berbanding 68 pingat pada edisi lepas, dibuat bersandarkan beberapa faktor antaranya 54 atlet daripada kontinjen 113 atlet adalah muka baharu dan membuat penampilan sulung pada temasya kali ini.
Keputusan meletakkan sasaran 'rendah diri' itu diperkuat lagi setelah kontinjen negara difahamkan telah kehilangan 18 pingat ekoran acara tidak dipertanding tuan rumah kali ini serta faktor persaraan pemenang pingat sebelumnya.
Namun di sebalik keadaan itu, hampir pasti keupayaan kontinjen para negara tidak boleh dipandang remeh sekali gus mampu merealisasikan sasaran tersebut serta tidak pulang dengan tangan kosong.
Barisan atlet para dalam kem olahraga seperti Muhammad Ziyad Zolkefli sudah semestinya turun dengan misi mahu mempertahan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Para Asia lepas.
Datuk Abdul Latif Romly juga mengiringi matlamat sama mahu mempertahankan emas acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) selain memperbaharui rekod dunia lompatan sejauh 7.64 meter (m) miliknya kini.
Tidak dilupakan tentang amaran dilontarkan jaguh paralifting negara Bonnie Bunyau Gustin bahawa beliau mahu mengubah perak menjadi emas bagi acara 65 kilogram (kg) pada temasya kali ini disebalik kecederaan bahu yang dialaminya.
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou pula memasang tekad memburu emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia buat kali ketiga selepas edisi 2010 (Guangzhou) dan 2014 (Incheon) biarpun mengakui berdepan cabaran lawan lebih muda daripadanya.
Sementara perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli optimis menyumbang pingat buat negara selepas kejayaan pingat emas acara 50m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) selain masing-masing perak acara 100m gaya bebas lelaki S5 dan 200m gaya bebas lelaki S5, sebelum ini.
Keberadaan mereka sudah semestinya bakal menyuntik semangat kepada atlet para lain untuk sama-sama membuktikan bahawa sasaran 35 pingat itu bukan hanya sekadar nombor, malah mampu direalisasikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
![Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697860807_MegatDShahrimanZa.jpg)
MPM tampil dengan pendekatan formula sasaran pingat tanpa warna apabila menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia kali ini. - Gambar/ Bernama
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
![Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698550696_MegatDShahrimanZa.jpg)
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
![Sukan Para Asia: Pencapaian kontinjen negara membanggakan - Hannah Sukan Para Asia: Pencapaian kontinjen negara membanggakan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698474880_HannahYeoh.jpg)
Sukan Para Asia: Pencapaian kontinjen negara membanggakan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tetap berbangga dengan pencapaian keseluruhan Malaysia pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 yang melabuhkan tirainya hari ini.
![Sukan Para Asia: Perak Mohd Amin lengkapi sasaran 35 pingat negara Sukan Para Asia: Perak Mohd Amin lengkapi sasaran 35 pingat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698393693_SukanParaAsia.jpg)
Sukan Para Asia: Perak Mohd Amin lengkapi sasaran 35 pingat negara
Mohd Amin Burhanuddin memastikan sasaran 35 pingat pada Sukan Para Asia (APG) 2022 tercapai selepas menghadiahkan pingat perak.
!['False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG 'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698381163_HANGZHOU.jpg)
'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.
![Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan' Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697880353_AbdulLatifRomly.jpg)
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
![Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697860807_MegatDShahrimanZa.jpg)
Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan
Kini tiba giliran 113 atlet 'luar biasa' negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.
![Ridzuan dinobat Atlet Para Lelaki Terbaik Asia Ridzuan dinobat Atlet Para Lelaki Terbaik Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549432570_Ridzuan.jpg)
Ridzuan dinobat Atlet Para Lelaki Terbaik Asia
Anugerah yang diterima Ridzuan itu adalah berdasarkan pencapaian cemerlangnya merangkul tiga pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Oktober lalu.
![Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539560314_KJRIDZUAN.jpg)
Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.
![Jarak usia bukan halangan hasil kombinasi mantap Jarak usia bukan halangan hasil kombinasi mantap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539474733_PARALIMPIK.jpg)
Jarak usia bukan halangan hasil kombinasi mantap
Menurutnya, gabungan itu membawa kepada kejayaan mereka di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.
![PM ucap tahniah kejayaan atlet para pecah rekod dunia PM ucap tahniah kejayaan atlet para pecah rekod dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539186616_ParaAsean.jpg)
PM ucap tahniah kejayaan atlet para pecah rekod dunia
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly di atas kejayaan mereka mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing.