PHNOM PENH: Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar tetap berjaya mempertahankan emas lompat kijang lelaki pada Sukan SEA 2023, di sini hari ini, walaupun baru sahaja pulih daripada kecederaan tumit, baru-baru ini.
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan pada aksi di Stadium Nasional Morodok Techo, hari ini.
Pingat perak dimenangi wakil Filipina, Ronnie Auxilio Mapilay (15.74m) dan rakan sepasukannya, Mark Harry Aloto Diones pula merangkul gangsa (15.70m).
Atlet dari Sabah itu mengakui lega apabila dapat juga memenangi emas biarpun baru sahaja mula melompat semalam selepas menjalani proses pemulihan susulan kecederaan dialaminya dua minggu lepas.
"Hampir dua minggu saya tak lakukan sebarang teknik lompatan dan terpaksa berehat seketika untuk pulihkan tumit saya, sedikit tekanan bagi saya tapi bukan daripada lawan namun cabaran untuk lawan kecederaan.
"Sebelum ini hanya jalani latihan di gimnasium namun semalam baru mula lompat untuk ambil feel dan dapat rentak sebelum bersaing hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Biarpun tidak berjaya melunaskan misi meleburkan rekod dipegang Muhammad Hakimi Ismail, 16.77m, dilakukan pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, namun Andre tetap gembira dapat memastikan emas acara lompat kijang kekal di pangkuan Malaysia sejak 2015 di Singapura.
Seorang lagi wakil negara Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan lompatan sejauh 15.38m.
Bagi aksi balapan pula, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari berjaya menyumbang gangsa 800m lelaki menerusi catatan 1 minit dan 53.86 saat (s) di belakang pemenang emas yang juga atlet tuan rumah, Chhun Bunthorn (1:52.91s) dan perak diraih Duc Phuoc Luong dari Vietnam (1:53.34s).
Kategori wanita pula menyaksikan dua atlet negara, Savinder KaurJogindr Singh (2:15.77s) dan Hizillawanty Jamain (2:16.92s) masing-masing menamatkan saingan di tempat keenam dan ketujuh.
Emas disambar atlet Vietnam Nguyen Thi Thu Ha (2:08.55s) diikuti seorang lagi wakil negaranya, Thi Ngan Bui (2:08.96s) yang meraih perak dan gangsa dimiliki atlet Singapura Chui Ling Goh (2:09.15s).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
![Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683813511_AndreAnuraAnuarS.jpg)
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar tetap berjaya mempertahankan emas lompat kijang lelaki pada Sukan SEA 2023, di sini hari ini, walaupun baru sahaja pulih daripada kecederaan tumit, baru-baru ini.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689230353_HannahYeoh.jpg)
KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
![Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686868856_insentifkemenangan.jpg)
Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.
![Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683804620_HarimauMudamengamuk.jpg)
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.
![Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679329471_MohdNasirAliKetu.jpg)
Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.
![Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023 Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684025321_Pingat.jpg)
Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.
![Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679985087_HannahYeoh.jpg)
Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.
![Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683945756_Atletpecut.jpg)
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
![Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683906133_Skuadtaekwondonega.jpg)
Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
![Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683894038_PELUMBAnegara.jpg)
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
![Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683813511_AndreAnuraAnuarS.jpg)
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.