KUALA LUMPUR: Ketiadaan dua jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri boleh meletakkan Malaysia dalam situasi sukar untuk menguasai acara wanita dalam Sukan SEA di Kemboja, Mei ini.
Penolong Jurulatih Kebangsaan Datuk Leong Mun Yee mengaku beliau agak bimbang dengan prestasi penerjun muda dalam kedua-dua acara 3 meter (m) papan anjal dan 10m platform pada temasya dwitahunan itu.
"Kita patut bimbang dengan kemunculan penerjun Indonesia dalam acara 3m papan anjal wanita kerana mereka menampilkan prestasi memberangsangkan pada Sukan SEA lepas.
"Bagi acara 10m platform, kedua-dua penerjun (Malaysia) yang akan membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA, masih baharu dalam acara berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengenai cabaran skuad lelaki, Mun Yee yang juga bekas penerjun negara percaya anak buahnya tidak seharusnya menghadapi masalah untuk mempamer kehebatan dan menguasai kolam renang di Pusat Akuatik, Morodok.
Pada Januari lepas, Mun Yee mengumumkan bahawa penerjun elit tidak dipertaruhkan pada Sukan SEA 2023 sebagai langkah memberi pendedahan kepada barisan penerjun muda di peringkat antarabangsa.
Pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, Mei lepas, kem terjun negara yang turut menampilkan Pandelela dan Nur Dhabitah menyapu bersih dengan membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan.
Sementara itu, bekas Olimpian negara itu berkata kesemua penerjun negara akan menyertai Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58 2023 yang dijadual berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 1 hingga 3 April ini.
Menurut Mun Yee, MIAG akan menjadi sebahagian daripada persiapan terakhir sebelum mereka menyahut cabaran dalam Sukan SEA.
"Kesemua mereka akan mewakili pasukan kebangsaan bersama skuad senior dalam MIAG. Mereka akan bersaing dengan pasukan negeri dan penerjun dari Singapura," katanya.
Sukan SEA 2023 akan bermula dari 5 hingga 17 Mei ini manakala acara terjun dijadual berlangsung dari 8 hingga 11 Mei. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Mun Yee mengaku beliau agak bimbang dengan prestasi penerjun muda dalam kedua-dua acara 3 meter (m) papan anjal dan 10m platform pada temasya dwitahunan itu. - Gambar fail
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.