Pemanah negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh menyifatkan kejayaan meraih tiga pingat emas pada Sukan SEA 2015, merupakan hadiah hari jadi paling bermakna untuk dirinya.
Atlet kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu yang menyambut hari lahir ke-24 pada 4 Jun lepas, mempamerkan panahan cemerlang untuk meraih tiga emas dalam acara compound individu, berpasukan wanita serta berpasukan campuran bersama pemanah lelaki negara, Mohd Juwaidi Mazuki pada hari terakhir acara memanah di Pusat Kriket Kallang hari ini.
"Sebelum datang ke sini, saya hanya meletakkan sasaran satu pingat dalam acara berpasukan, namun tidak menyangka dapat meraih tiga emas.
"Kemenangan ini saya dedikasikan kepada ibu bapa, jurulatih (Mon Reddy Sut Txi) dan rakan sepasukan yang banyak membantu saya selama ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian pingat yang disempurnakan Ketua Kontinjen negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Ditanya resepi kejayaannya, bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang yang membuat penampilan ketiga berturut-turut selepas edisi 2011 di Indonesia dan 2013 (Myanmar) itu, berkata tiada sebarang rahsia kerana skuad memanah negara hanya sempat menjalani latihan singkat selama dua minggu, sebelum berlepas ke Singapura.
Pada masa sama, beliau mengakui bakal berdepan tekanan untuk mengekalkan tiga pingat emas yang dimenanginya apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.
Berkongsi pandangan sama adalah Mohd Juwaidi yang menyifatkan kejayaan meraih tiga pingat termasuk satu gangsa dalam acara compound individu lelaki merupakan kejayaan tidak disangka-sangka kerana beliau hanya meletakkan sasaran untuk memperbaiki prestasi pada temasya kali ini.
Bekas penuntut Management and Science University (MSU) itu yang membuat penampilan kedua selepas edisi 2013 turut meraih pingat emas dalam acara compound berpasukan lelaki bersama Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan pada kali ini kerana saya hanya mendapat satu pingat perak dalam acara berpasukan lelaki pada 2013," kata Mohd Juwaidi.
Sementara itu, pengurus skuad memanah negara, Ibrahim Harun gembira dengan pencapaian luar biasa pemanah negara, yang disifatkan hasil kerja keras mereka walaupun menjalani latihan singkat sebelum datang ke Singapura.
Beliau yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata kejayaan itu hasil kerja keras atlet negara sendiri selain bantuan dan sokongan berterusan daripada Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.
"Sebelum ini, kita hanya meletakkan sasaran tiga emas namun ia sudah melebihi apa yang disasarkan, jadi saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada atlet yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan cemerlang ini," kata Ibrahim.
Untuk rekod, skuad memanah negara meraih satu pingat emas dalam acara recurve berpasukan lelaki, dua perak (recurve individu lelaki dan berpasukan campuran) serta satu pingat gangsa dalam acara recurve berpasukan wanita, semalam.
Kejayaan cemerlang yang diraih hari ini membolehkan Malaysia muncul juara keseluruhan acara memanah dengan kutipan keseluruhan lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa dan ia berjaya mengatasi pencapaian pada 2013 dengan dua emas, tiga perak dan satu gangsa.
Indonesia muncul pasukan kedua terbaik dengan kutipan dua pingat emas, tiga perak dan satu gangsa manakala Vietnam di tempat ketiga dengan dua emas, satu perak dan dua gangsa.
Astro Arena
Sun Jun 14 2015
Pemanah negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh menyifatkan kejayaan meraih tiga pingat emas hadiah hari jadi paling bermakna.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.
AWANI Ringkas: Seorang lelaki direman kes pukul OKU di pasar tani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan beri tekanan, Biar siasatan selesai - Armizan
Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic dengan label ham and cheese yang dijual di beberapa premis dalam Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Sukan SEA: Hadiah paling bermakna Fatin selepas raih 3 emas
Pemanah negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh menyifatkan kejayaan meraih tiga pingat emas pada Sukan SEA 2015, merupakan hadiah hari jadi paling bermakna untuk dirinya.