HANOI: Atlet sukan lasak negara Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid melakar pencapaian cemerlang pada penampilan sulungnya di pentas Sukan SEA apabila meraih pingat perak acara duathlon elit wanita di Sunset Bay di Tuan Chau, Bandar Halong pada Ahad.
Digelar wanita besi kerana pelbagai koleksi kejayaan dalam bidang sukan lasak, Tahira Najmunisaa, 33, hanya dipisahkan lebih kurang seminit di belakang pemenang emas dari Filipina Marion Kim Mangrobang yang merakam masa dua jam 13 minit dan 12 saat dalam keseluruhan dua disiplin.
Tahira Najmunisaa menamatkan saingan dengan mencatat masa 2:14.12s untuk mengesahkan perak dimenangi sementara wakil Indonesia, Zahra Putri Bulan Aprillia terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa dengan catatan 2:14.49s.
Bercakap kepada Bernama, Tahira Najmunisaa menzahirkan kesyukuran atas kejayaannya selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam memberikan tumpuan kepada persediaan menjelang temasya sukan dwitahunan itu.
"Ia satu perjalanan yang sukar, lagipun saya ibu anak empat jadi saya kena bahagikan banyak masa. Apabila saya dapat capai sasaran, saya memang rasa sangat berpuas hati.
"Walaupun saya rasa macam boleh buat lagi baik tapi saingan hari ini memang lain sedikit. Tetapi Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dan bersyukur sebab tidak menghampakan semua orang," katanya.
Sementara itu, seorang lagi atlet wanita negara Chia Ling Pow menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan masa 2:20.30s.
Bagi kategori lelaki pula, dua atlet negara Nik Fakaruddin Ismail dan Muhammad Haziq Junaidy masing-masing berada di tempat ketujuh (2:00.18s) dan kesembilan (2:05.03s) pada saingan final yang berlangsung serentak di venue sama.
Pingat emas diraih atlet tuan rumah San Pham Tien yang merakam kepantasan 1:55.58s manakala dua wakil Indonesia Rudi Febriade (1:56.12s) dan Jauhari Johan (1:57.36s) masing-masing merangkul perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022

Tahira Najmunisaa menamatkan saingan dengan mencatat masa 2:14.12s untuk mengesahkan perak dimenangi. - Foto Instagram/Tahira Najmunisaa M.Zaid

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wanita juga berupaya ceburi sukan lasak, asal tahu cara kendalikan emosi
Penglibatan golongan wanita dalam sukan layar dan bidang berkaitan maritim juga dilihat tidak setanding dengan golongan lelaki.

Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.

Tunku Mahkota Ismail perkasa belia di Johor menerusi TMIYC
TMIYC bukan saja memberi peluang kepada belia menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah, malah berpotensi melahirkan generasi muda berkualiti dan berkeyakinan tinggi.

Ironman TLDM dianugerahi Bintara Terbaik, kerjaya tentera tak halang aktif bersukan lasak
Abdul Rahman, 40, tahun menyertai TLDM sejak 9 Jun 2004, sebelum menggalas tanggungjawab dalam Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM setahun kemudiannya.

'Wanita Besi' Tahira Najmunisaa ungguli Powerman Malaysia
Pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi itu, mencipta sensasi dengan mencatat masa tiga jam, 14 minit dan 08 saat untuk mengesahkan tempat pertama.

Orang Asli Gua Musang rayu peminat sukan lasak 4x4 hentikan aktiviti
Penduduk mengalami kesukaran walaupun hanya bermotosikal untuk keluar masuk berikutan jalan rosak teruk akibat dilalui kenderaan tersebut.

Sukan SEA Hanoi: Ibu anak empat sumbang pingat perak duathlon
Tahira Najmunisaa hanya dipisahkan lebih kurang seminit di belakang pemenang emas dari Filipina Marion Kim Mangrobang

Acara sukan lasak berhalangan terbesar di dunia kembali ke Sarawak Jun ini
Perlumbaan itu akan diadakan pada 11 dan 12 Jun di Institut Pertanian Sarawak dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak.

Tangguh aktiviti jelajah hutan ketika musim hujan
Aktiviti itu tidak sesuai diadakan ketika musim hujan kerana faktor keselamatan serta menyebabkan kerosakan jalan.

Mungkin tiada program larian di Sabah tahun ini
Kelab Peminat Sukan Ekstrem Sabah dan Labuan menerima hakikat program larian adalah antara yang tidak boleh dianjurkan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.