HANOI: Pemain snuker negara Lim Kok Leong hari ini memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-Red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam ini.
Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir hari ini bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu ditandingkan semula pada temasya dwitahunan, selepas sembilan tahun.
"Tiada tekanan untuk saya dan saya ambil kesempatan atas kekurangan pengalaman Jefrey kerana beliau masih muda. Saya gembira untuk memang. Saya mahu berterima kasih kepada Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) atas sokongan mereka," katanya.
Terdahulu pada separuh akhir, Kok Leong mengalahkan Suchakree Poomjang dari Thailand 5-2, manakala Jefrey mengalahkan seorang lagi pemain Malaysia Moh Keen Hoo 5-3. Kedua-dua pemain yang tewas pada separuh akhir, berkongsi pingat gangsa.
Kok Leong dan Keen Hoo menang pingat emas beregu pada edisi Filipina 2019.
Acara perseorangan 6-Red snuker sebelum ini pernah dipertandingkan dua kali di Sukan SEA iaitu di Korat 2007 dan Myanmar 2013.
Pemain snuker Malaysia Thor Chuen Loong menang emas pada edisi 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
![Sukan SEA Hanoi: Kok Leong menang emas perseorangan 6-Red snuker Sukan SEA Hanoi: Kok Leong menang emas perseorangan 6-Red snuker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652800161_TBsukansea.jpg)
Lim Kok Leong hari ini memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-Red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam ini. - Foto Facebook/Faizal Azumu
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS, tanpa dana AS - PBB
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
![Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738997966_KhairiKhairudin.jpg)
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
Wanita maut terjatuh dari tingkat atas PPR
Seorang wanita ditemui mati di tempat parkir motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
KDN haramkan tiga buku
KDN mewartakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari, tiga tajuk buku iaitu "My Shadow Is Purple, Koleksi Puisi Masturbasi dan All That's Left In The World.
KPM tidak pernah benarkan syarikat swasta, perunding kewangan buat aktiviti di sekolah: Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat swasta atau perunding kewangan untuk menjalankan aktiviti dalam kawasan sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Keputusan tidak teruskan garis panduan hadiri rumah ibadat bukan Islam tepat - GRS
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan pada Jumaat
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
Sarawak tidak perlu garis panduan agama - SUPP
Menyifatkan Sarawak sebagai negeri “sekular”, Setiausaha Agung SUPP, Sebastian Ting, berkata mereka mendapati garis panduan yang dicadangkan itu “tidak perlu dan keterlaluan”.
Garis panduan lawat rumah ibadat bukan Islam ikut negeri
Garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam yang telah diguna pakai di setiap negeri sudah memadai untuk dijadikan rujukan.
![Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738997770_civilianscampMun.jpg)
Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo
Pegawai tertinggi dari negara-negara Afrika Timur dan Selatan menggesa gencatan senjata segera di Republik Demoktratik Congo.
![Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653735803_Maloney.jpg)
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
![Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653293945_TBLUKMAN.jpg)
Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.
![Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653243676_TBsukansea.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.
![Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653233369_bolasepak.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.
![Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642255949_ChenTangJiePeck.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
![Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653131612_MenteriBeliadanSu.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.
![Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653124913_TBsukansea.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.
![Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653099795_SUKANSEA.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.
![Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13 Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652980343_SkuadbolasepakSu.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
![Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652974696_BolingSukanSEA.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.