HANOI: Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Brad Maloney bangga dengan anak buahnya yang tidak gentar berjuang habis-habisan walaupun tewas ke atas juara bertahan Vietnam pada aksi separuh akhir temasya Sukan SEA ke-31 di Stadium Viet Tri, wilayah Phu Tho malam tadi.
Maloney berkata pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
"Pertama sekali saya amat berbangga dengan pemain saya, mereka bekerja keras, bermain dengan hati dan memberikan segala apa yang mereka ada. Seperti yang kita sedia maklum, kami mempunyai masa kurang sehari untuk pemulihan dan perjalanan antara perlawanan ini dengan sebelumnya.
"Jadi untuk pemain turun dan bermain selama 120 minit menentang pasukan terbaik dalam perlawanan ini dan hanya terlepas satu gol...saya sangat berbangga dengan mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan tersebut.
Malaysia tewas 0-1 dalam aksi itu dengan penyerang Nguyen Tien Linh menjadi wira Vietnam selepas menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-111 sekali gus melayakkan mereka mara ke final.
Maloney berkata walaupun berdepan dengan kepantasan dan keagresifan dipamerkan Vietnam selama 120 minit, anak buahnya tidak tunduk kepada tekanan dan berputus asa.
Beliau berkata tersingkir daripada pertandingan selepas gawang dibolosi pada penghujung perlawanan adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.
"Ia sukar untuk diterima tetapi pada sama kami faham Vietnam adalah pasukan terbaik dalam perlawanan ini," katanya.
Sementara itu, Maloney mengakui aksi malam tadi menjadi lebih sukar apabila beberapa pemain mengalami kecederaan dengan pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar yang beraksi cemerlang sepanjang permainan terpaksa dikeluarkan.
"Bukan mudah kehilangan pemain utama, jelas beliau (Harith Haiqal) menjadi ketua di barisan belakang dan mengatur pemain di hadapannya.
"Penjaga gol kami (Muhammad Azri Ab Ghani) juga cedera dari awal permainan dan seorang atau dua pemain terpaksa digantikan. Ia tidak ideal tetapi saya fikir pemain yang menggantikan mereka melakukan yang terbaik," katanya.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia akan bertemu Indonesia yang tewas kepada Thailand pada satu lagi aksi separuh akhir semalam, dalam perlawanan penentuan pingat gangsa yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh di sini pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Maloney berkata walaupun berdepan dengan kepantasan dan keagresifan dipamerkan Vietnam selama 120 minit, anak buahnya tidak tunduk kepada tekanan dan berputus asa.- Foto REUTERS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.

Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.

Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.

Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.

Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.

Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.

Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.

Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.

Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.