HANOI: Setelah 11 tahun kemarau pingat, skuad berbasikal bukit wanita negara memperagakan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan dua pingat pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.
Bersaing dalam acara Cross Country Olympic sejauh 15.6km di Wilayah Hoa Binh, kira-kira 75km dari sini, Juara Wanita Kebangsaan Nur Assyira Zainal Abidin menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk menyumbangkan pingat perak selepas mencatat masa satu jam 22 minit dan 14 saat.
Rakan senegara, Natahsya Soon menyusur di tempat ketiga untuk meraih gangsa setelah menamatkan saingan dengan catatan 1:23:00 saat pada perlumbaan sejauh 15.6km itu yang dimenangi pelumba tuan rumah Thi Nhu Quynh Dinh dengan masa 1:18:06s.
Seorang lagi pelumba negara, Phi Kun Pan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 selepas merekodkan masa 1:33:44s.
Sementara itu, tiga pelumba berbasikal bukit lelaki negara gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga pelumba terbaik dalam perlumbaan yang berlangsung petang tadi.
Pelumba terbaik Malaysia pada perlumbaan sejauh 20.8km itu adalah Ahmad Syazrin Awang Illah yang menamatkan cabaran di kedudukan kelapan dengan catatan 1:24:14s, manakala Muaz Abd Rahim di tempat ke-12 (1:27:27s).
Zulfikri Zulkifli pula berada di kedudukan tercorot dalam kalangan 18 pelumba apabila ketinggalan satu pusingan daripada empat pusingan perlumbaan.
Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill berkata pencapaian kedua-dua pelumba berkenaan adalah sesuatu yang membanggakan setelah sekian lama skuad basikal bukit negara gagal menghadiahkan pingat pada temasya Sukan SEA.
"Nur Assyira berjaya menepati ramalan untuk menyumbangkan pingat kepada Malaysia. Kita juga bangga Natashya juga telah mengharumkan nama negara dengan pingat gangsa.
PKBM teruja dengan kejayaan ini selepas 11 tahun tanpa kilauan pingat," katanya bahawa kali terakhir skuad berbasikal bukit wanita negara menyumbangkan pingat iaitu gangsa pada temasya edisi 2011 di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
Setelah 11 tahun kemarau pingat, skuad berbasikal bukit wanita negara memperagakan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan dua pingat pada Sukan SEA ke-31 hari ini. - Foto Facebook/Faizal Azumu
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
Perbincangan eksklusif bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, menyelami isu-isu tersirat dalam ekonomi Malaysia. Bagaimana dari tekanan inflasi yang semakin perlahan hingga kebimbangan terhadap pertumbuhan global, apakah cabaran kritikal yang perlu ditangani segera? Ikuti diskusi lanjut.
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025
Syarikat ELSA Speak mencuri perhatian di World Economic Forum 2025 di Davos dengan inovasi AI mereka yang mempermudah pembelajaran bahasa Inggeris. Editor kanan, Najib Aroff, menemubual pengasasnya, Vu Van, untuk mendalami perjalanan syarikat ini sejak sebelum kecerdasan buatan menjadi arus perdana.
Insentif berasaskan dasar, pacu perubahan ekonomi tingkah laku - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau berkata insentif itu akan dirangka mengikut dasar yang diperlukan bagi memacu perubahan ekonomi tingkah laku dan masyarakat bagi menyokong transformasi negara.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 semalam.
Trump tandatangan perintah eksekutif jadikan Amerika pusat AI dunia
Pendekatan baharu Trump untuk menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi sambil menghapuskan dasar era Biden.
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Sukan SEA Hanoi: Pelumba berbasikal bukit wanita hadiahkan pingat selepas 11 tahun
Setelah 11 tahun kemarau pingat, skuad berbasikal bukit wanita negara memperagakan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan dua pingat pada Sukan SEA ke-31 hari ini.
Baru 9 tahun, Ian Iman menang Adrenaline Fest
Ian Iman baru berusia sembilan tahun namun berjaya muncul juara kejohanan papan selaju terbuka Adrenaline Fest di Putrajaya semalam.