PETALING JAYA: Hanya lima daripada 31 pemain skuad Bawah-23 (B23) yang dipanggil untuk latihan pusat Sukan SEA Hanoi, melaporkan diri untuk sesi latihan pertama mereka di Wisma FAM, malam tadi.
Lima pemain tersebut adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Shafi Azswad Sapari dan Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Dengan pengecualian untuk pemain berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad hadi Fayyadh Abdul Razak yang dijangka akan pulang minggu hadapan, yang lainnya merupakan pemain dalam Liga Malaysia.
Bagaimanapun Ketua Jurulatih Brad Maloney berharap bahawa kesemua pemain lain yang pada masa ini bermain dalam Liga Super dan Liga Premier, akan dapat melaporkan secara berfasa dalam tempoh terdekat.
"Terdapat kemungkinan (kelab tidak melepaskan pemain mereka). Pada masa ini kami sedang berbincang dengan kelab, jadi saya percaya pemain akan melaporkan diri, tetapi ia berkaitan bila mereka (pemain) akan laporkan diri," katanya kepada media di Wisma FAM, malam tadi.
Maloney berkata, jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengumpulkan pasukan terbaik untuk temasya itu yang dijadualkan dari 12-23 Mei ini, beliau yakin akan dapat mencapai sesuatu keputusan yang baik.
Beliau berkata Muhammad Hadi yang kini bersama Azul Claro Numazu, Jepun, dan Luqman Hakim (KV Kortrijk, Belgium) akan melaporkan diri masing-masing pada 25 dan 29 April.
"Saya tahu kebolehan Luqman dengan baik, saya telah bekerjasama dengannya banyak kali, beliau satu aset bernilai untuk pasukan ini, beliau sentiasa bersedia bermain untuk negara.
"Hadi pula, kami telah tidak memanggil beliau untuk setahun, beliau sedang pulih atau baru pulih daripada kecederaan baru-baru ini, jadi telahpun mula bermain dan berlatih semula. Kini kami berharap untuk melihat dan menilai tahap kecergasannya sebaik beliau tiba," katanya.
Sementara itu, penjaga gol Selangor FC Sikh Izhan berkata beliau bersedia untuk memberikan yang terbaik jika dipilih bermain di sukan SEA pada bulan depan.
"Bagi saya berapa hari ini (latihan), suatu yang baik untuk saya fokus, jurulatih pun boleh fokus untuk saya berlatih, jadi akan pertingkatkan lagi sedikit demi sedikit," katanya.
Berdasarkan perancangan asal, anak buah Maloney dijangka akan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang B-23 Timur Leste pada 23 dan 29 April, dan B-23 Filipina pada 1 Mei, sebelum memuktamadkan senarai terakhir 20 pemain untuk ke Hanoi pada 4 Mei.
Diundi dalam Kumpulan B, Malaysia dijadualkan untuk berhadapan Thailand pada 7 Mei, Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di Stadium Thien Truong Stadium, Nam Dinh. Hanya dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir.
Pada edisi sebelum ini di Sukan SEA 2019, anak buah Ong Kim Swee gagal melepasi peringkat kumpulan, selepas memenangi pingat perak pada edisi 2017, di Kuala Lumpur.
Malaysia kali terakhir memenangi 'ibu segala emas' temasya itu pada edisi 2011 di Indonesia di bawah bimbingan Kim Swee.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
![Sukan SEA: Hanya lima pemain lapor diri latihan pusat Sukan SEA: Hanya lima pemain lapor diri latihan pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650402439_TBBRAD.jpg)
Maloney menerangkan sesi latihan kepada skuad B-23 pada hari pertama latihan skuad B-23 bagi persiapan temasya Sukan SEA Hanoi Vietnam di Wisma FAM malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
![FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651335804_BradMaloney.jpg)
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
![Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653735803_Maloney.jpg)
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
![Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653842766_TBHARIMAUMALAYA.jpg)
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
![Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653735803_Maloney.jpg)
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
![Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651335804_BradMaloney.jpg)
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
![Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653022493_TBSEAGAMESSEMIFINALB.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
![Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652310333_MuhammadHadiFayyad.jpg)
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
![Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652227444_SkuadHarimauMalaya.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
![Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651872287_PemainSelangorFCM.jpg)
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
![Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651871983_KetuaJurulatihSkua.jpg)
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.