PHNOM PENH: Atlet muda Ng Jing Xuen melakar sejarah membanggakan apabila muncul pemain golf wanita pertama negara merangkul emas Sukan SEA selepas mengungguli acara individu wanita yang berlangsung di Kelab Golf Garden City di sini, hari ini.
Atlet berusia 15 tahun itu mengetepikan cabaran juara bertahan kejohanan Golf Amatur Asia Pasifik Eila Galitsky dari Thailand yang meraih perak sementara seorang lagi atlet negara Foong Zi Yu membawa pulang gangsa.
Terdahulu, Jing Xuen mengesahkan kilauan emasnya pada edisi ke-32 temasya sukan dwitahunan itu selepas menewaskan Galitsky dalam perlawanan "play-off" satu lubang apabila kedua-duanya terikat di kedudukan 13 di bawah par 203 selepas tiga pusingan.
Pada masa sama, Malcolm Ting merangkul perak acara individu lelaki dengan emas menjadi milik atlet Vietnam, Le Khanh Hung manakala rakan senegaranya Nguyen Anh Minh terpaksa berpuas hati dengan gangsa.
Untuk rekod, Ervin Chang mencipta sejarah muncul selaku wakil Malaysia pertama memenangi pingat emas individu lelaki pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Atlet muda Ng Jing Xuen melakar sejarah membanggakan apabila muncul pemain golf wanita pertama negara merangkul emas Sukan SEA selepas mengungguli acara individu wanita. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Jing Xuen idam tukar status profesional dua tahun lagi
Tempoh dua tahun akan digunakan bagi menyertai pelbagai kejohanan di luar negara yang menjanjikan pengalaman berbeza dan saingan kompetitif.

Sukan SEA: Jing Xuen cipta sejarah menang emas golf individu
Ng Jing Xuen mengetepikan cabaran juara bertahan kejohanan Golf Amatur Asia Pasifik Eila Galitsky dari Thailand yang meraih perak.