PHNOM PENH: Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tewas kepada pasangan Indonesia dalam aksi final, di sini, hari ini.
Gandingan negara yang baru dibentuk beberapa hari lalu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas akur dengan kebangkitan pasangan nombor 10 dunia, Rehan Naufaul Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.
Bagaimanapun, Roy King-Su Yun bermula dengan langkah kanan dengan kemenangan tipis 22-20 pada set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum pada set berikut dengan beberapa siri kesilapan sebelum pasangan Indonesia itu menheret perlawanan ke set rubber set dengan keputusan 8-21.
Pada set penentuan aksi di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini, Roy King-Su Yin mendahului 13-11 pada satu ketika sebelum Indonesia berjaya merampas pingat emas dengan keputusan 21-16.
Malaysia menjadi penyandang pemenang pingat emas acara tersebut yang dimenangi Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.
Skuad negara menoktahkan persembahan hambar di Kemboja dengan menyumbang dua pingat perak menerusi Roy King-Su Yin dan berpasukan lelaki dan empat pingat gangsa oleh perseorangan lelaki - Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang serta beregu wanita Su Yin-Cheng Su Hui dan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan.
Kali terakhir Malaysia gagal meraih emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia, di mana mereka hanya memenangi satu perak menerusi acara berpasukan lelaki dan dua gangsa daripada acara berpasukan wanita dan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Yap Roy King (kanan) dan Cheng Su Yin merangkul pingat perak selepas tewas kepada Beregu Indonesia di Sukan SEA 2023 Kemboja hari ini. -Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.