PHNOM PENH: Kuartet 4x100 meter (m) wanita negara bukan sahaja merangkul gangsa malah memecahkan rekod baharu kebangsaan pada Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.
Saingan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo menyaksikan kuartet Malaysia dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s dicatat Zaidatul bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam, dan Nurul Faizah Asma Mazlan pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India pada 2017.
Pingat emas dimiliki kuartet Thailand yang merekodkan masa 44.24s manakala Vietnam pula meraih perak menerusi catatan 44.51s.
Zaidatul yang teruja dengan pencapaian tersebut berkata mereka sememangnya tidak memikirkan soal pingat namun lebih menumpukan untuk memecahkan rekod kebangsaan.
"Sudah lama kami tak buat catatan bawah 45s, bila dapat 44.58s saya sangat terkejut dan teruja kerana jauh dari rekod lama, paling hampir pun ketika di Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Singapura 45.7s bulan lepas.
"Tapi dalam masa sebulan kami dapat 44s, bagus bagi kami, terima kasih kepada jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim yang banyak bantu kami kerana beliau memang sasar untuk pecah rekod kebangsaan di Sukan SEA 2023," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, kuartet 4x100m lelaki negara diwakili Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan terpaksa berpuas hati berkongsi pingat gangsa dengan Singapura selepas kedua-duanya mencatat 39.36s.
Pencapaian kuartet Malaysia pada kali ini menyaksikan mereka gagal mempertahankan pingat perak dimenangi pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.
Indonesia yang menampilkan larian bertenaga muncul juara acara tersebut dengan catatan 39.11s untuk meninggalkan kuartet Thailand di tempat kedua dengan 39.13s.
Jonathan ketika ditemui pemberita yakin pencapaian dilakar di bumi Kemboja merupakan permulaan yang bagus untuk mereka selepas dibentuk sejak awal tahun ini.
Walaupun tidak berjaya mempertahankan perak, Muhammad Haiqal pula tetap berpuas hati kerana setidak-tidaknya dapat mengubati kekecewaan di Terbuka Singapura baru-baru ini selepas larian mereka dibatalkan susulan masalah teknikal.
"Tak dapat perak hari ini namun tetap puas hati dapat gangsa kerana mental kami memang terganggu sewaktu insiden di Singapura tempoh hari, jadi segala kesilapan di sana telah berjaya kami perbaiki di Kemboja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Kuartet Malaysia dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s. - Foto Stadium Astro
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Sukan SEA: Kuartet 4x100m wanita cipta sensasi pecah rekod kebangsaan, rangkul gangsa
Kuartet 4x100 meter (m) wanita negara bukan sahaja merangkul gangsa malah memecahkan rekod baharu kebangsaan pada Sukan SEA 2023 hari ini.