KUANTAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kritikan berkaitan pungutan pingat negara di Sukan SEA Vietnam, namun kritikan tersebut perlulah suatu yang konstruktif, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ti Lian Ker.
Beliau berkata kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian, yang menurut beliau pada ketika sasaran 36 pingat emas itu ditetapkan, selepas merujuk kepada kesemua pihak berkepentingan dan persatuan sukan.
"Sasaran itu bukanlah dibuat sesuka hati atau tanpa rujukan... ia dibuat merujuk kepada jenis sukan yang telah ditetapkan oleh tuan rumah, yang mempunyai kelebihan kerana mereka boleh memilih jenis sukan.
"Setiap Sukan SEA mampunyai ekosistem berbeza. Kami mengalu-alukan kritikan tetapi ia adalah lebih baik jika dibuat pada ketika sasaran itu ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan program Rakan Wira Mahir peringkat negeri Pahang di sini semalam.
Ti berkata sebenarnya para atlet negara telah mencatatkan keputusan lebih baik dari yang disasarkan, apabila membawa pulang 39 pingat emas, yang sepatutnya diberikan pujian.
Ti berkata satu lagi fakta yang perlu dinyatakan ialah 60 peratus daripada atlet yang mengambil bahagian pada temasya dwitahunan itu merupakan atlet yang menyertainya buat kali pertama, dan 40 peratus daripada mereka berusia di bawah 21 tahun.
Ti juga menafikan tuduhan Steven Sim dari DAP bahawa Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, cuba menyalahkan atlet atas prestasi negara di Sukan SEA 2022 itu dan menyalahkan kementerian kerana memotong 80 peratus daripada belanjawan untuk penyertaan kejohanan antarabangsa pada Belanjawan 2022.
Mengenai perkara itu Ti berkata Ahmad Faizal telah berusaha keras untuk mendapatkan semula apa yang tidak diberikan dalam Belanjawan, dan ia sesuatu yang tidak adil untuk menyalahkan beliau kerana belanjawan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
"Kritikan tidak seharusnya bersifat peribadi dan kritikan tidak seharusnya memainkan semula isu yang telah diselesaikan, hanya untuk memulakan serangan baru yang dibuat tidak berdasarkan fakta sebenar atau tidak mengambarkan situasi sebenar," katanya.
Sementara itu Ti berkata program peningkatan kemahiran itu memberikan belia tempatan kelebihan dalam kerja-kerja berkaitan bidang tersebut dan meningkatkan lagi kefahaman orang ramai berkaitan isu itu.
Beliau berkata walaupun sebagai pekerja mahir, mungkin akan bermula dengan gaji yang rendah namun peningkatan kerjaya boleh jadi lebih mudah, di samping membuka peluang untuk mereka menjadi usahawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
![Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653779775_TiLianKer.jpg)
Ti berkata, sebenarnya atlet negara patut diberi pujian kerana telah mencatatkan keputusan lebih baik dari sasaran apabila membawa pulang 39 pingat emas. - Facebook Ti Lian Ker
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646211258_TiLianKer.jpg)
Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS
Garis panduan berkenaan sedang dirangka dengan kerjasama agensi dan kementerian berkaitan termasuk pemain dan pasukan profesional.
![Hala tuju ke arah gerakan sukan untuk semua siap tahun depan Hala tuju ke arah gerakan sukan untuk semua siap tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51598971078_TiLianKer.jpg)
Hala tuju ke arah gerakan sukan untuk semua siap tahun depan
Usaha itu penting supaya gerakan sukan untuk semua lebih menonjol di peringkat akar umbi.
![Gugat perpaduan kaum: Undang-undang sedia ada memadai - Timbalan Menteri Gugat perpaduan kaum: Undang-undang sedia ada memadai - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/61543822649_TiLianKer.jpg)
Gugat perpaduan kaum: Undang-undang sedia ada memadai - Timbalan Menteri
"Yang perlu ketika ini bukanlah undang-undang tambahan, sebaliknya penguatkuasaan, pelaksanaan dan pendidikan kesedaran."
![MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41407078139_295x200.jpg)
MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan
Sambil menyifatkan Nazri sebagai 'terlalu angkuh', Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri.