KUALA LUMPUR: Pertimbangan dalam memilih atlet olahraga bagi membentuk kuartet 4x100 meter (m) wanita ke Sukan SEA di Hanoi, Vietnam perlu bersandarkan merit dan pencapaian diraih mereka.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia seharusnya tidak lari daripada prinsip pemilihan ditetapkan buat mana-mana atlet untuk ke temasya sukan dwitahunan tersebut.
"Saya mengikuti rapat isu dibangkitkan tentang pemilihan atlet olahraga berkenaan namun tidak mempunyai niat untuk campur tangan urusan pemilihan atlet diputuskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
"Bagaimanapun, saya terpanggil mengingatkan pentadbir dan pemimpin sukan terhadap tanggungjawab memilih atlet yang terbaik bagi membawa cabaran negara di pentas antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal berkata berdasarkan situasi terkini, empat pelari pecut wanita berjaya menghasilkan catatan di bawah 12 saat (s) dalam acara 100m dan selayaknya dipilih membentuk gandingan 4x100m itu.
Empat atlet tersebut ialah Zaidatul Husniah Zulkifli yang mencatat 11.62 saat (s), diikuti Nor Sarah Adi (11.89s), Azreen Nabila Alias (11.90s) dan Fatin Ilyana Mat Nayan dengan masa 11.97s.
Beliau berkata pihaknya dalam masa sama memahami sebarang kata putus bagi penyertaan atlet di bawah kategori B Sukan SEA adalah terletak di bawah keputusan Persatuan Sukan Kebangsaan.
"Sekiranya Persatuan Sukan Kebangsaan mempunyai strategi tertentu di sebalik pemilihan seseorang atlet, ia patut diperjelaskan kepada atlet dan umum bagi mengelakkan salah faham selain timbulnya pelbagai spekulasi tidak enak," katanya.
Ahmad Faizal berkata pihaknya berharap supaya KOM serta Persatuan Sukan Kebangsaan lain dapat memperhalusi semua aspek tersebut dan mengambil keputusan terbaik demi kejayaan kontinjen Malaysia.
Semalam menerusi laporan Bernama, jurulatih skuad pecut negara M. Balamurugan menyatakan kekecewaan dengan keputusan KOM yang tidak menyenaraikan Fatin Ilyana ke Sukan SEA Hanoi pada Mei ini.
Balamurugan berkata berdasarkan prestasi semasa, atlet berusia 19 tahun itu layak berada dalam kuartet 4x100m wanita apabila muncul antara empat pelari mencatatkan keputusan terbaik peribadi pada Kejohanan Kuala Lumpur (KL) Allcomers minggu lepas.
Kekecewaan Balamurugan itu juga tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Ahmad Faizal Azumu berkata, ia seharusnya tidak lari daripada prinsip pemilihan ditetapkan buat mana-mana atlet untuk ke temasya sukan dwitahunan tersebut. - Gambar fail/Bernama
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.