NAM DINH (Vietnam): Malaysia terlepas peluang muncul pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, selepas seri 2-2 menentang 'musuh' tradisi Singapura pada aksi ketiga Kumpulan B di Stadium Thien Truong di sini, hari ini.
Keputusan itu menghentikan momentum kemenangan pasukan negara, susulan dua kemenangan yang diraih ke atas Thailand dan Laos sebelum ini, sekali gus menyaksikan perlawanan terakhir bertemu Kemboja Isnin depan, menjadi penentu dalam memburu slot ke pusingan kalah mati.
Pada aksi yang berlangsung sengit seawal permainan bermula itu, Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi penyerang Luqman Hakim Shamsudin, yang bijak mencari ruang dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang pada minit keempat.
Ia merupakan gol ketiga peribadinya pada temasya sukan dwitahunan itu, selepas menamatkan kemarau gol lebih dua tahun di pentas antarabangsa, dengan dua jaringan disumbangkan ketika berdepan Laos Rabu lepas.
Bagaimanapun, tiga minit berselang, Singapura yang turun berkasi dengan misi wajib menang menyamakan kedudukan, selepas percubaan dari luar kotak penalti pemain tengah Nur Muhammad Shah Shahiran, gagal diselamatkan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Aksi semakin menarik dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan berbahaya, dengan Malaysia memiliki peluang untuk kembali di depan, namun percubaan penyerang Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-25, berjaya ditampan penjaga gol yang juga kapten Singapura Zaiful Nizam Abdullah.
Luqman Hakim memiliki peluang keemasan untuk mencetak gol kedua peribadinya pada perlawanan itu, selepas menerima lorongan cantik rakan sepasukan ke dalam kotak penalti, tetapi gagal meletakkan bola melepasi Zaiful Nizam pada minit ke-32.
Menghampiri waktu rehat, Malaysia sekali lagi hampir di depan, namun tandukan pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar, sedikit melewati tiang gol dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, intensiti permainan terus berada pada tahap tertinggi namun tiada percubaan berbahaya dari kedua-dua pasukan sehingga lah minit ke-76, yang menyaksikan penyerang Singapura Kweh Jia Jin Glenn gagal memanfaatkan peluang keemasan selepas rembatan melambung tinggi.
Dua minit kemudian, pemain tengah Harhys Rizal Gareth Ian Stewart menjadikan kedudukan 2-1 buat Singapura, selepas bijak mencari ruang dalam kotak penalti untuk memanfaatkan sepakan percuma diambil Nur Muhammad.
Namun, jaringan itu tidak sedikit pun melunturkan semangat juang tinggi pasukan negara yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Faiz Amer Runnizar pada minit ke-82 berpunca dari sepakan sudut.
Jaringan penyamaan itu mengubah perlawanan menjadi tegang, apabila kedua-dua pasukan lebih bertindak agresif dalam mengekang asakan ke kubu pertahanan, sehingga permainan terhenti seketika apabila berlaku insiden tolak menolak antara pemain.
Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dari India R.Ventakesh, sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati sementara Singapura akur peluang ke separuh akhir sudah tertutup buat mereka, selepas hanya mengutip lima mata daripada empat perlawanan.
Malaysia kini mengumpul tujuh mata di kedudukan teratas dengan persaingan merebut dua slot ke pusingan kalah mati masih terbuka antara pasukan negara serta Kemboja dan Thailand, yang bakal turun membuat perhitungan pada satu lagi aksi kumpulan, malam ini.
Pada pertembungan itu, sekiranya salah satu pasukan berjaya melakar kemenangan ia sekali gus menjamin tempat Malaysia ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
Pemain Malaysia Muhammad Azrin Afiq (tengah) mengasak pemain Singapura pada saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong hari ini. Keputusan penuh seri 2-2. - Foto BERNAMA
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.
Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.