PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin membayangkan sukar untuk Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) berlangsung dalam Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada masa terdekat.
Hamidin yang juga Ahli Majlis AFF berkata, antara kekangannya ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang yang memakan masa sebulan menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan bola sepak dwitahunan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
Beliau yang baharu dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh direalisasikan sekiranya FIFA "memanjangkan" kalendar perlawanan antarabangsa.
"Kita perlu faham Kalendar FIFA bukan spesifik untuk Piala AFF, mungkin kita boleh minta FIFA berikan lebih lagi (kalendar perlawanan) dan perlu ingat Kalendar FIFA bukan hanya untuk Malaysia saja tetapi kepada 211 ahli gabungan.
Tempoh Piala AFF juga panjang, macam mana ia boleh diisi dalam kalendar sedangkan akan datang ada pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober...kalau ia dipanjangkan mungkin sesetengah negara juga tidak akan gembira jika terlalu banyak Kalendar FIFA," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis kesyukuran sempena dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Persoalan Piala AFF bakal mendapat tempat dalam Kalendar FIFA timbul selepas Presiden FIFA, Gianni Infantino berkongsi pandangan Piala AFF wajar berada dalam kalendar FIFA, seperti dilaporkan media antarabangsa bulan lepas.
Sejak dianjurkan, Piala AFF menjadi kejohanan yang menawarkan mata ranking bermula edisi 2016, namun, sehingga kini, ia masih belum berada dalam Kalendar FIFA menyebabkan banyak kelab di rantau ini "berkira-kira" untuk melepaskan pemain masing-masing bagi mewakili pasukan negara mereka.
Sementara itu, Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM berkata, skuad Harimau Malaya perlu berada dalam kelompok 25 terbaik Asia menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hujung tahun ini.
"Ia adalah tahun yang penting... pasukan di luar kedudukan 25 terbaik Asia akan memulakan kempen (pusingan kelayakan) pada Oktober manakala 25 pasukan teratas pada November. Kami perlu rancang aksi persahabatan dengan baik," katanya.
Beliau berkata, perancangan aksi persahabatan melibatkan skuad kebangsaan akan diumumkan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.
Dalam perkembangan berasingan, Hamidin percaya Malaysia sekali lagi berpeluang menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas berjaya menganjurkan Piala Dunia Belia Bawah 20 Tahun (B-20) 1997, namun perlu menyusun dan menganjurkan menerusi kerjasama serta sokongan daripada kerajaan kerana kos yang agak tinggi. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Datuk Hamidin Mohd Amin berucap pada majlis kesyukurannya selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 di Arena Futsal FAM hari ini. - Gambar BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.