ATLET Terengganu yang memenangi pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak bermula 22 Julai ini akan diberikan ganjaran tambahan oleh kerajaan negeri dengan syarat kontinjen negeri itu berjaya merampas gelaran juara keseluruhan.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata tambahan sebanyak RM1,000 lagi akan diberikan kepada atlet-atlet yang membantu kontinjen Terengganu merealisasikan impian dalam temasya dwi-tahunan itu.
“Seperti diumumkan sebelum ini, pemenang pingat emas akan menerima RM5,000 dan RM3,000 untuk pemenang pingat perak dan gangsa.
“Sekiranya Terengganu berjaya menjadi juara pada tahun ini, kita akan tambah RM1,000 kepada pemenang pingat emas menjadikan RM6,000. Ini janji kerajaan negeri jika kita menjadi juara”.
Menyasarkan 53 pingat emas, 36 perak dan 48 gangsa daripada 24 acara sukan yang disertai, Ahmad Razif turut melahirkan keyakinan kontinjen negeri itu mampu mengekalkan status sebagai kuasa besar Sukma selepas muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut dari 2008 hingga 2012 dan naib juara pada edisi 2014 di Perlis.
“Kita pernah mencipta sejarah sebelum ini dengan kejayaan memenangi 62 pingat emas, meninggalkan naib johan dengan perbezaan 15 pingat.
“Melihat pada keyakinan pengurus-pengurus pasukan, saya rasa tidak mustahil dan yakin kita akan dapat lebih daripada sasaran awal kita,” tambahnya.
Ahmad Razif berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Terengganu 2016 di Taman Tamadun Islam, malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Negeri, Datuk Mohamad Nor Ibrahim.
Dalam pada itu, kejayaan pasukan lumba basikal profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) juga diraikan apabila masing-masing menerima insentif di atas pencapaian mereka.
Pelumba-pelumba dan pihak pengurusan TSG menerima insentif keseluruhan sebanyak RM190,000 manakala THT diberikan RM110,000 di atas pencapaian muncul juara Kejohanan Hoki Divisyen 1 Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini.
Astro Arena
Tue Jul 12 2016
Terengganu mahu terus kekal status sebagai kuasa besar Sukma.
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Petani terkesan kenaikan diesel boleh serah nama kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar butiran lengkap petani dan pesawah yang terkesan akibat kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.