MELAKA: Pelumba muda negara Muhammad Hafiq Mohd Jafri tekad untuk menghadiahkan kilauan pingat kepada negeri kelahirannya Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak, bulan depan.
Atlet berusia 19 tahun itu berkata walaupun acara lebuh raya dan kriterium yang bakal disertainya pada temasya itu bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.
Tidak menetapkan sebarang warna pingat pada penampilan pertamanya di SUKMA itu, pemuda berasal dari Tanjung Bidara tersebut menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat dan melihat peluang cerah menerusi acara kriterium.
"Sebenarnya kepakaran saya ialah acara berbasikal trek tetapi di SUKMA tiada acara berkenaan... bagi saya saingan untuk lebuh raya dan kriterium itu seperti trek ketahanan.
"Saya menganggap ini sebagai cabaran dan akan memastikan untuk memberikan yang terbaik pada perlumbaan itu nanti," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata antara pesaing rapatnya di SUKMA ialah rakan pasukan kebangsaan pelumba Terengganu Muhammad Afiq Iskandar Hasyim selain pelumba dari Johor.
Muhammad Hafiq sebelum ini memenangi dua perak pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 serta satu gangsa di Sukan Remaja Komanwel Trinbago 2023.
Acara berbasikal lebuh raya SUKMA Sarawak 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Muhammad Hafiq sebelum ini memenangi dua perak pada Kejohanan ACC 2023 serta satu gangsa di Sukan Remaja Komanwel Trinbago 2023. - Gambar fail/olympics.com.my
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.