NILAI: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan terhadap anak legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi iaitu Mirsha Nurathiqa selepas turut melibatkan diri dalam dunia sukan tanah air.
Biarpun tidak mengikut jejak langkah bapanya, Mirsha Nurathiqa tetap membanggakan Mirnawan serta keluarga mereka selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri dalam penampilan pertama pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di sini, semalam.
Aksi diperagakan pesilat Selangor berusia 20 tahun itu yang mengawal kemas keris, tongkat dan parang kembar berjaya memikat hati juri untuk menobatkannya sebagai juara dengan mengumpul 9.925 mata, mengetepikan pencabar terdekat, Nur Inatha Khairuniyah Wira dari Kedah yang mengumpul 9.910 mata untuk pingat perak.
Mirsha berkata kehadiran Mirnawan, 51, dan ibunya, Datin Haryati Zahriman, 49, jelas membakar semangatnya untuk menampilkan persembahan yang meyakinkan di atas gelanggang dalam acara berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.
"Saya memang tak sangka langsung menang hari ini kerana peserta lain juga buat yang terbaik namun kuasa dan rezeki dari Allah SWT (beri kemenangan) saya bersyukur sangat," katanya ketika ditemui pemberita.
Ditanya sama ada beliau bersedia menyertai skuad kebangsaan sekiranya diberikan peluang kelak, pelajar tahun ketiga jurusan pembinaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu enggan memikirkannya buat masa ini kerana mahu menumpukan kepada pelajarannya selepas ini.
Sementara itu, Mirnawan ternyata gembira dengan kejayaan anaknya kerana pengorbanan yang dilakukan anaknya sejak bergiat aktif dalam silat pada umur 15 tahun akhirnya membuahkan hasil.
Ditanya perasaannya apabila Mirsha tidak menceburi sukan hoki seperti dilakukannya, bekas ketua pasukan skuad negara itu tidak kisah dengan keputusan diambil anaknya kerana apa yang penting 'puterinya' tetap aktif dalam dunia sukan.
Dalam pada itu, Maisarah Zainal dari Perlis dan Nur Fauza Hidayah Abd Rahim dari Negeri Sembilan meraih gangsa selepas tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.
Kategori solo kreatif putra pula menyaksikan Shahir Azizi Aminudin dari Melaka mengumpul 9.920 mata untuk menundukkan lawan dari Terengganu, Che Mohamad Fikri Che Ab Rahman yang meraih 9.425 mata bagi pingat perak.
Pingat gangsa pula dimenangi oleh Muhammad Syamim Asyraf Zaidi dari Selangor dan pesilat Negeri Sembilan, Muhammad Firdaus Yaakop.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Aksi Mirsha Nurathiqa dalam acara sukan silat akhir kategori Solo Kreatif pada Sukma MSN 2022 di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, 21 Sept 2022. -- fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.
Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN
Leong Jun Hao memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini.
Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma
Menteri Besar berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kalinya dalam 36 tahun penganjuran Sukma.
Sukma MSN: Johor idam cipta sejarah paling banyak raih emas
Sekiranya sasaran lebih 80 emas itu berjaya direalisasikan, ia akan menyaksikan negeri dari selatan itu mencipta rekod baharu.
Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun
Berwaspada dengan ancaman di sebalik status 'underdog', Terengganu dipaksa menyerap asakan skuad Pulau Pinang.
Penantian emas 26 tahun hoki lelaki Pahang berakhir
Muhammad Idris Samad muncul sebagai wira pasukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-59.
Abdul Qaiyum hadiahkan emas buat Perak selepas lapan tahun
Beliau menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0.
Sukma: Wilayah Persekutuan mula dapat momentum, Johor sukar digugat
WiPers muncul kontinjen paling cemerlang apabila merangkul 11 daripada 59 pingat emas yang ditawarkan.
Pulau Pinang ke final, pegawai kejar pengadil dalam aksi 'panas'
Sepakan penalti oleh ketua pasukan menghampakan Wilayah Persekutuan yang belum pernah merangkul emas sejak edisi pertama pada 1986.
Sukma: Anak Mirnawan rangkul emas silat
Mirsha Nurathiqa membanggakan Mirnawan serta keluarga selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri.