KUALA LUMPUR: Pengguguran acara pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 tidak dapat dielakkan kerana jumlah minimum enam negeri tidak dapat dipenuhi pada temasya sukan itu yang dijadual pada 16 hingga 24 Sept depan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkara itu dapat dielakkan jika negeri-negeri yang telah melakukan pendaftaran awal tidak bertindak menarik diri pada saat akhir sebelum tarikh pendaftaran ditutup.
Beliau, bagaimanapun berkata Jawatankuasa Tertinggi Sukma dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan MSN bekerjasama dengan persatuan sukan kebangsaan bagi menganjurkan lebih banyak kejohanan kebangsaan demi memastikan semua atlet, termasuk yang tidak dapat beraksi di temasya sukan tersebut berpeluang bersaing dalam suasana pertandingan kompetitif.
"Isu ini sememangnya diberikan perhatian serius dengan Yang Berhormat Menteri juga mengarahkan saya mengadakan perbincangan bersama semua Pengarah Majlis Sukan Negeri bagi mencari penyelesaian terbaik yang tidak akan merugikan pembangunan bakat muda sukan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi memberi maklum balas terhadap beberapa kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah terdapat usaha mengekang penyertaan menerusi pengenalan pelbagai syarat pertandingan pada Sukma kali ini.
SUKAN-SUKMA (MSN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa acara bagi sukan olahraga dan terjun digugurkan daripada Sukma kerana penyertaan negeri yang tidak menggalakkan.
Dalam pada itu, Ahmad Shapawi menjelaskan Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang menggubal semua peraturan Sukan Malaysia adalah dianggotai semua negeri dengan menetapkan peraturan tetap mewajibkan setiap sukan dan acara perlu disertai oleh minimum lapan negeri.
"Jumlah minimum lapan negeri itu ditetapkan sejak edisi pertama Sukma pada 1986 bagi memastikan setiap negeri melaksanakan program pembangunan bakat secara meluas supaya jumlah atlet muda berbakat yang lebih besar dapat dikenal pasti," katanya.
Beliau berkata langkah menguatkuasakan jumlah minimum itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan menjadi amalan pertandingan sukan di peringkat antarabangsa, malah ada juga sukan menguatkuasakan peraturan had kelayakan sebelum sesuatu acara dapat dipertandingkan.
Sehubungan itu, beliau berkata untuk edisi ke-20 ini, Jawatankuasa Tertinggi Sukma turut memberi pengecualian khas apabila menurunkan jumlah penyertaan minimum daripada lapan kepada hanya enam negeri yang bertujuan memastikan lebih banyak acara dan lebih ramai atlet dapat bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkara itu dapat dielakkan jika negeri-negeri yang telah melakukan pendaftaran awal tidak bertindak menarik diri pada saat akhir sebelum tarikh pendaftaran ditutup. - Gambar fail/BERNAMA
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.

Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.