KUALA LUMPUR: Kontinjen Johor terus megah di persada carta pungutan pingat Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 walaupun Wilayah Persekutuan dilihat mula mendapat momentum untuk mencabar bagi kejuaraan keseluruhan.
Pada hari kelapan temasya sukan berlangsung, Wilayah Persekutuan yang digelar sebagai 'WiPers' muncul kontinjen paling cemerlang semalam apabila merangkul 11 daripada 59 pingat emas yang ditawarkan, selain turut meraih lapan perak dan 11 gangsa.
Sukan muaythai menjadi penyumbang terbanyak dengan empat kilauan emas, manakala angkat berat dan renang masing-masing menyumbangkan dua emas, selain masing-masing satu menerusi terjun, pencak silat dan boling.
Kejayaan tersebut menyaksikan Wilayah Persekutuan telah mengutip sejumlah 33 emas, 38 perak dan 45 gangsa untuk mengatasi Terengganu ke kedudukan kedua.
Namun, Johor yang memburu kejuaraan pertama sejak 1986, dilihat sukar digugat apabila kontinjen Harimau Selatan itu berada di kelas tersendiri dengan kejayaan menyambar 60 emas, atau 21.5 peratus daripada keseluruhan 279 pingat emas yang telah dipertandingkan setakat ini.
Johor turut menang 35 perak dan 32 gangsa.
Pada semalam, Johor berjaya meraih sembilan emas selepas meneruskan dominasi dalam sukan kenu, apabila menyapu ketiga-tiga emas dalam acara bot tradisional 1,000m lapan pengayuh lelaki, wanita dan campuran.
Kenu menjadi lubuk emas buat Johor apabila telah meraih 17 daripada 25 emas yang dipertandingkan di Kompleks Sukan Air Putrajaya setakat ini, dengan tiga lagi emas dipertandingkan hari ini.
Kilauan emas lain Johor diperolehi menerusi pencak silat yang menghadiahkan dua emas, serta masing-masing satu daripada memanah, renang, muaythai dan berbasikal.
Terengganu pula berada di kedudukan ketiga dengan kutipan sebanyak 33 emas, 33 perak dan 36 gangsa, selepas berjaya memburu tujuh emas semalam, masing-masing dua menerusi memanah, judo dan muaythai, manakala satu lagi daripada sukan angkat berat.
Lebih 30 pingat emas menjadi taruhan hari ini dengan tumpuan berada di kolam renang yang menawarkan lapan emas, selain memanah (5), berbasikal (4), angkat berat (4) Judo (4), kenu (3), menembak (3) dan gimrama (2).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Atlet Renang Wilayah Persekutuan menunjukkan pingat emas yang berjaya diraih pasukan mereka dalam acara Akhir 4x100 meter Gaya Bebas Berganti-Ganti Lelaki pada Sukma MSN di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam. --fotoBERNAMA
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.

Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.

Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN
Leong Jun Hao memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini.

Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma
Menteri Besar berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kalinya dalam 36 tahun penganjuran Sukma.

Sukma MSN: Johor idam cipta sejarah paling banyak raih emas
Sekiranya sasaran lebih 80 emas itu berjaya direalisasikan, ia akan menyaksikan negeri dari selatan itu mencipta rekod baharu.

Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun
Berwaspada dengan ancaman di sebalik status 'underdog', Terengganu dipaksa menyerap asakan skuad Pulau Pinang.

Penantian emas 26 tahun hoki lelaki Pahang berakhir
Muhammad Idris Samad muncul sebagai wira pasukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Abdul Qaiyum hadiahkan emas buat Perak selepas lapan tahun
Beliau menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0.

Sukma: Wilayah Persekutuan mula dapat momentum, Johor sukar digugat
WiPers muncul kontinjen paling cemerlang apabila merangkul 11 daripada 59 pingat emas yang ditawarkan.

Pulau Pinang ke final, pegawai kejar pengadil dalam aksi 'panas'
Sepakan penalti oleh ketua pasukan menghampakan Wilayah Persekutuan yang belum pernah merangkul emas sejak edisi pertama pada 1986.

Sukma: Anak Mirnawan rangkul emas silat
Mirsha Nurathiqa membanggakan Mirnawan serta keluarga selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri.