KUALA LUMPUR: Pasukan taekwando dari pedalaman Sabah yang hampir 'berputih mata' untuk menyertai sebuah kejohanan antarabangsa sukan bela diri itu di ibu negara semalam, berjaya meraih emas hasil bantuan luar biasa rakyat Malaysia menyumbang dana bagi tiket penerbangan mereka.
Kejayaan satu pingat emas dalam Kejohanan Taekwando Antarabangsa Hwarang Warrior 2024 itu hari ini, menjadi kenangan manis buat Persatuan Taekwon-do Choi Jung Hwa Sabah itu, setelah melalui episod sedih apabila terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur kelmarin.
Pengurus pasukan, Valerie Grace Peter Sompunodo ketika ditemui Bernama berkata mereka hampir melupakan hasrat menyertai pertandingan itu namun dengan bantuan rakyat Malaysia, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM18,000 dalam masa empat jam untuk membeli semula tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.
Berkongsi lebih lanjut mengenai insiden itu, Valerie Grace berkata mereka sepatutnya menaiki pesawat dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada pukul 9.30 pagi 28 Feb lepas, namun disebabkan kelewatan jadual penerbangan, mereka tiba di Sandakan lewat daripada masa yang dirancang.
Perkara itu, katanya, menyebabkan mereka terlepas penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur dan menyebabkan mereka tersadai beberapa jam di Lapangan Terbang Sandakan.
"Memang saya cari tiket penerbangan paling murah sejak tahun lepas untuk pertandingan ini dan dapatlah RM299. Semua guna dana ibu bapa. Jadi apabila terlepas penerbangan memang kami reda dan mahu mengundur diri.
"Namun setibanya di Kota Kinabalu semula (pada 28 Feb) kami tidak menyangka rupanya ada insan hati mulia menerusi akaun Facebook Riniejene Anthony membantu mengumpul dana menerusi media sosial dan membantu menguruskan pembelian tiket penerbangan baharu pada keesokan harinya (29 Feb)," katanya.
Sementara itu, Leonel Bellvin, 12, yang menghadiahkan pasukannya pingat emas bagi acara kyorugi (tempur) kategori 38-45 kg lelaki peringkat umur 11-12 tahun, berkata kejayaan itu amat bermakna buatnya yang baharu sahaja berlatih selama setahun bersama pasukan.
"Ini juga merupakan hadiah ulang tahun yang ke-12 pada 7 Mac ini dan saya mahu meraih banyak pingat lagi untuk harumkan nama negeri, harumkan nama sekolah dan ibu bapa," katanya yang berbangsa Dusun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Popok, Kota Marudu.
Selain Leonell, empat lagi peserta yang terlepas penerbangan ialah Evan Filemon, 15, Deqqusyairi Jaafar, 15, Darren Michael Daholok @ Peter, 16, dan Erwin Daymiean Junaidi, 15, kesemuanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol, Pitas.
Sementara itu, jurulatih persatuan, Safuan Fathy Amran, 33, berkata beliau amat terharu dengan usaha dan kesungguhan orang ramai dalam membantu mereka.
Beliau berkata pasukan kendaliannya menempuh banyak cabaran untuk menghadapi kejohanan itu, antaranya kekurangan fasiliti dan lokasi sesuai untuk berlatih, memandangkan anak buahnya terdiri daripada mereka yang berasal dari Kota Marudu dan Pitas selain kebanyakan mereka daripada kalangan orang susah.
Menurut Safuan jarak antara kedua-dua daerah adalah kira-kira 50 kilometer, menyebabkan beliau sukar untuk memilih lokasi latihan yang sesuai.
"Saya fikir satu sahaja, saya tidak mahu ibu bapa kecewa...kerana ada antara mereka yang menangis bila dapat tahu penerbangan terlepas...saya orang paling sedih dan kecewa, tapi dengan pingat emas ini, ia bagai satu motivasi untuk peserta seterusnya, terima kasih rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Leonel Bellvin (tengah) menunjukkan pingat Emas yang diperolehnya pada Kejohanan Taekwando Antarabangsa Hwarang Warrior 2024 hari ini. Turut sama pengurus pasukan, Valerie Grace Peter (kanan). - Foto Bernama
Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Sumbangan berbaloi rakyat Malaysia, atlet taekwando terlepas penerbangan hadiahkan emas
Pasukan taekwando dari pedalaman Sabah berjaya meraih emas hasil bantuan luar biasa rakyat Malaysia menyumbang dana bagi tiket penerbangan mereka.