KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.
Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan hebat untuk menoktahkan kemenangan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit ke atas bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.
Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia, yang dilakukan pada penampilan keempat mereka di kejohanan berkenaan.
Dengan kejayaan melangkah ke final semalam, pasangan ranking keenam dunia itu turut muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas kali terakhir dilakukan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2010 di Paris.
Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kempen kejohanan dunia adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.
"Tidak tahu macam mana hendak gambarkan apa yang kami rasa. Sudah tentu kami sangat gembira dapat membanggakan diri kami, untuk membanggakan negara kami, sebagai juara dunia pertama Malaysia," menurut Aaron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas aksi final hari ini.
Menurut Aaron: "Tahun lepas kami menang pingat gangsa Sukan Olimpik di Tokyo, tahun ini kami menang pingat emas juga di Tokyo. Saya rasa Tokyo membawa tuah kepada kami".
Aaron berkata perbezaan besar dalam pertembungan hari ini ketika menentang Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan kerana mereka memberi tumpuan sepenuhnya dalam gelanggang dan tidak memikirkan mengenai mata sama ada mendahului atau ketinggalan.
"Kami tahu mereka bagus dalam mendapatkan tiga mata pertama, jadi kami cuba tukar corak permainan, cuba lebih sabar dan gunakan kekuatan kami," katanya.
Sementara itu, Wooi Yik berkata: "Kami sudah bergandingan selama empat tahun dan sering kali tewas di final dan separuh akhir dan akhirnya kali ini kami berjaya meraih kejuaraan. Saya banyak bermain di bahagian belakang. Saya pemain hadapan tapi saya mahu menguasai seluruh gelanggang. Ini strategi yang kami sedang usahakan".
Bagi Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut mereka kepada pasangan negara selepas tewas pada aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 dan suku akhir Terbuka Malaysia, Jun lepas.
Kekalahan kepada Aaron-Wooi Yik kali ini juga menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam 19 perlawanan di pentas kejohanan dunia.
Pencapaian Aaron-Wooi Yik hari ini menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia.
Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final masing-masing dalam acara perseorangan lelaki sebanyak lima kali dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.
Bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan di pentas final terbanyak iaitu sebanyak empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 diikuti Wong Choong Hann (2003) selain beregu Jalani-Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
![Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661671605_Beregulelaki.jpg)
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini. - Foto Twitter BAM
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
![Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738987908_Penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738989485_tbwreckageaircraft.jpg)
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
!['Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh 'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738985124_AkmalSaleh.jpg)
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kemenangan hadiah Hari Kebangsaan Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kemenangan hadiah Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661684928_Aaronwooi.jpg)
Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kemenangan hadiah Hari Kebangsaan
Keluarga Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersyukur pasangan beregu itu masyhurkan nama negara menjelang Hari Kebangsaan.
![Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661671605_Beregulelaki.jpg)
Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia
'The Daddies' itu menewaskan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.