KUALA LUMPUR: Hasrat pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk merangkul gelaran kedua musim ini tidak kesampaian apabila tewas di pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel, malam tadi.
Selepas cemerlang menjuarai Terbuka Jerman dua minggu lepas, impian gandingan ranking ke-18 dunia itu disekat beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan kemenangan 21-18, 21-19 dalam tempoh 40 minit di St. Jakobshalle.
Pada set pertama, aksi bertenaga ditampilkan Sze Fei-Nur Izzuddin menyaksikan mereka berjaya memberikan saingan sengit sehingga kedudukan terikat 14-14, namun pengalaman menjadi pemisah apabila gandingan Indonesia itu mula mengungguli permainan untuk mencatat kemenangan 21-18.
Kekalahan itu sedikit merencatkan rentak pasangan negara yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 3-8 sebelum berjaya bangkit mengikat kedudukan 10-10.
Tetapi ia belum cukup untuk mengekang penguasaan pilihan keempat kejohanan itu yang memuktamadkan kejayaan dengan 21-19.
Menerima nasib sama di pentas final adalah beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang ditewaskan pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Isabel Lohau 21-12, 18-21, 17-21 dalam pertarungan selama 65 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
![Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648415629_BadmintonMalaysia.jpg)
Pada set pertama, aksi bertenaga Sze Fei-Nur Izzuddin menyaksikan mereka berjaya memberikan saingan sengit sehingga kedudukan terikat 14-14, pada final Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel, malam tadi. - Foto Facebook BAM
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
![Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711594907_SoonHuatShevonLai.jpg)
Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara
Beregu campuran ranking ke-13 dunia itu tewas 18-21, 18-21 kepada juara Orleans Masters juga pasangan ke-58 dunia dalam masa 34 minit.
![Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia di Switzerland Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia di Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711080035_TBTangJieEeWei.jpg)
Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia di Switzerland
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali mempamerkan permainan matang apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel awal pagi Jumaat.
![Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711079819_TBLeeZiiJiajpg.jpg)
Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
![Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679796850_Badminton.jpg)
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
![Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon mara ke pentas akhir Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon mara ke pentas akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679796850_Badminton.jpg)
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon mara ke pentas akhir
Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit.
![Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final Terbuka Switzerland tidak kesampaian Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final Terbuka Switzerland tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678832329_AllEngland.jpg)
Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final Terbuka Switzerland tidak kesampaian
Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.
!['Bangkit segera Pearly-Thinaah' 'Bangkit segera Pearly-Thinaah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679529977_SwissOpen.jpg)
'Bangkit segera Pearly-Thinaah'
Episod duka yang ditempah Pearly-Thinaah itu umpama mengulangi kegagalan mereka pada Seluruh England di Birmingham.
![Zii Jia singkirkan juara Seluruh England Zii Jia singkirkan juara Seluruh England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679527773_TBLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.
![Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678749620_TBbam.jpg)
Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.
![Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648415629_BadmintonMalaysia.jpg)
Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel
Impian gandingan ranking ke-18 dunia itu disekat beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.