PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri tidak menyangka sepakan basikal menghasilkan gol ketika berdepan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super pada Sabtu.
Malah, jaringan peribadi ke-15, Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu dalam perlawanan tersebut.
"Sebenarnya saya tidak menyangka sepakan basikal itu akan menghasilkan jaringan.
“Malah saya hanya mengambil peluang melakukan sepakan ke arah gawang pasukan lawan.
“Dan apabila melihat bola menerjah jaring, saya meraikan jaringan bersama-sama rakan sepasukan,” kata pemain berusia 33 tahun itu dalam temubual selepas perlawanan tersebut.
Terdahulu Harimau Selatan melebarkan status pendahulu apabila menewaskan TFC, 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Gol Harimau Selatan dihasilkan Forestieri minit ke-21, penalti Bergson da Silva (m-48) dan Endrick (m-94) manakala jaringan sagu hati skuad Penyu dihasilkan Sony Norde minit ke-28.
Dalam pada itu, Forestieri mengakui gembira dengan tiga mata diraih JDT pada perlawanan tersebut.
“Bersama JDT, saya bukan sekadar mahu diingati sebagai penyerang memakai jersi nombor sembilan.
“Sebaliknya juga mahu diingati dengan larian menggerakkan pasukan selain memberi bantuan gol kepada pasukan.
“Pengorbanan dalam memastikan kemenangan buat pasukan adalah lebih penting daripada menjaringkan gol,” katanya.
Dalam pada itu, Forestieri mengakui persembahan JDT dalam tempoh 20 minit pertama separuh masa pertama kurang menghadirkan kesan kepada skuad Penyu.
“Namun pasukan kembali bermain dengan gaya bola sepak JDT selepas saya menjaringkan gol pendahuluan.
“Tahniah juga kepada pasukan Terengganu yang mempamerkan persembahan berkualiti sekali gus menjadikan permainan lebih menarik.
“Sejujurnya saya tidak menjangkakan Terengganu bertambah baik pada pusingan kedua,” katanya.
Mengenai gol ke-15 musim ini, Forestieri menyifatkannya hasil kerjasama berpasukan pemain Harimau Selatan.
“Tanpa bantuan rakan sepasukan, adalah mustahil untuk saya menjaringkan gol selain sokongan para penyokong.
“Biarpun begitu selepas ini kami perlu bekerja lebih keras lagi kerana setiap pasukan lawan semakin bertambah baik setiap musim,” katanya.
Sementara itu, tiga mata diraih Harimau Selatan ketika menjinakkan skuad Penyu sekali gus melebarkan rentak kemenangan disifatkan bukan satu tugas mudah.
Sebaliknya pengendali JDT, Esteban Solari mengakui persembahan skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner itu semakin meningkat berbanding pusingan pertama sebelum ini.
“Ya, kami sememangnya sebelum perlawanan telah menjangkakan berdepan tentangan sengit Terengganu tambahan pula kami bermain di laman lawan.
“Dan sememangnya Terengganu memberikan tekanan sejak awal permainan lagi, namun saya gembira apabila para pemain dapat kembali mengekalkan gaya permainan pasukan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 11 2023
Forestieri (depan) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa menentang pasukan Terengganu FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, 9 Jun 2023. - Gambar fail BERNAMA
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.
Harimau Selatan 'gigit' The Rhinos 4-0
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pertama selepas terikat 0-0 sepanjang 45 minit permainan.
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.