Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas sepak takraw adalah pada Sukan SEA 2005 di Filipina.
Ketika ditemui pemberita, kapten pasukan Farhan menyifatkan kejayaan meraih pingat emas itu adalah hasil persiapan rapi yang dilakukan mereka dan bukannya kemenangan 'percuma' berikutan Thailand tidak menghantar wakil dalam acara itu.
"Jika Thailand menghantar pasukan dalam acara regu pun, kami akan berjuang habis-habisan merebut pingat emas hari ini dan tidak akan mengaku kalah.
"Pasukan Laos juga mempunyai kelebihan tersendiri dan memberi saingan hari ini dan bukannya memberi kemenangan mudah kepada kita," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail yang hadir menyaksikan perlawanan itu, bangga dengan semangat juang tinggi yang ditampilkan pemain negara.
"Kenapa kita perlu mempersoal pingat emas yang dimenangi pemain lelaki negara hanya disebabkan Thailand tidak mengambil bahagian dalam acara itu," katanya.
Ahmad berkata peminat sepak takraw tanah air sepatutnya berbangga dan tidak memperlekehkan kejayaan bersejarah itu kerana Malaysia akhirnya berjaya memenangi pingat emas.
Beliau berkata Thailand mungkin mempunyai sebab tertentu tidak menghantar wakil dalam acara regu kali ini.
Astro Arena
Sat Jun 13 2015

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas sepak takraw adalah pada Sukan SEA 2005 di Filipina.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia dominasi lapan acara sukan
62 pingat emas merupakan catatan baru buat Malaysia dan hasil kejayaan kontinjen negara dapat dilihat menerusi pendominasian dalam lapan acara yang dipertandingkan di temasya Sukan SEA, Singapura.

Khairy puji pengaruh besar atlet pelapis di Sukan SEA
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan formula penyenaraian kelompok besar atlet pelapis di Sukan SEA Singapura menyumbang kepada kejayaan negara meraih pencapaian terbaik sejak 2007.

Atlet gimnas raih emas luar biasa
Altet gimnas negara Koi Sie Ya dan N Shasangari Sivaneswary membuat kejutan dalam acara gimnastik berirama apabila keduanya merangkul pingat emas di Pusat Sukan Bishan hari ini.

Takraw tamatkan penantian 10 tahun emas
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas sepak takraw adalah pada Sukan SEA 2005 di Filipina.

Regu lelaki sepak takraw tambah koleksi emas negara
Pasukan sepak takraw raih pingat emas dalam acara regu lelaki selepas memenangi perlawanan liga hari ini.

Aaliyah Yoong curi tumpuan sekali lagi
Atlet waterski berusia 11 tahun Aaliyah Yoong hari ini mencipta satu lagi kejayaan apabila berjaya merangkul pingat perak di Bedok Resevoir dalam acara waterski lompat wanita hari ini.

Malaysia tumpu akuatik, olahraga untuk ungguli Sukan SEA 2017 - Khairy
Malaysia perlu memberi tumpuan pada acara akuatik dan olahraga untuk mengungguli Sukan SEA 2017 selaku tuan rumah, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Robert Ballard anggap olahraga tidak mengecewakan
Jumlah 14 pingat dalam 24 acara dianggap sesuatu yang positif buat pengarah teknikal olahraga negara, Robert Ballard yang melahirkan rasa puas hatinya dengan prestasi olahraga edisi kali ini.

Hakimi pecah rekod acara lompat kijang Sukan SEA
Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28.

Skuad hoki wanita Malaysia mara ke final
Juara bertahan, Malaysia menepati ramalan apabila mara ke final acara hoki wanita Sukan SEA ke-28 selepas menewaskan Indonesia 5-1 pada perlawanan terakhir pusingan awal hari ini.