SEPANG: Barisan pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi pada Khamis bagi menghadiahkan pingat kepada negara meskipun kurang pengalaman.
Jurulatih silat negara Nasri Nasir berkata walaupun skuad negara yang dibarisi 75 peratus atlet muda dan pertama kali beraksi ditemasya itu namun beliau mahu mereka tidak gentar berjuang habis-habisan demi negara.
"Apa yang membezakan mereka ialah daripada segi pengalaman namun bagi saya ia bukan satu masalah yang besar. Keseimbangan akan dapat diperoleh berdasarkan semangat dan keinginan mereka untuk menang.
"Semua persiapan telah dilakukan buat atlet menerusi beberapa kejohanan dan latihan sebelum ini, jadi kami harap mereka dapat mengekalkannya sehingga hari pertandingan berlangsung," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Kemboja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini pada Khamis.
Nasri dalam pada itu memaklumkan skuad negara berada dalam keadaan yang cukup baik bagi mengharungi saingan aksi lima hari di gelanggang silat bermula 6 hingga 10 Mei ini.
"Beberapa atlet sebelum ini ada mengalami kecederaan namun mereka telah kembali pulih seperti sedia kala, jadi boleh dikatakan skuad ini telah bersedia sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Silat Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad mahu skuad itu menjadikan segala rintangan di Sukan SEA Kemboja sebagai pencetus dalam menjelmakan kilauan pingat emas buat negara.
Beliau berkata rintangan seperti keadaan cuaca panas, venue kejohanan tidak sempurna dan sebagainya tidak seharusnya diendahkan pesilat negara.
"Bagi saya kita akan hadapi beberapa masalah, begitu juga kontinjen negara lain...Mereka juga akan menghadapi masalah sama...Insya-Allah sama-sama kita hadapi perkara itu," katanya.
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 Kemboja di Phnom Penh, yang berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023

Nasri berkata walaupun skuad negara yang dibarisi 75 peratus atlet muda dan pertama kali beraksi ditemasya itu namun beliau mahu mereka tidak gentar berjuang habis-habisan demi negara. - Foto BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Sukan SEA: Enam pesilat negara buru pingat emas esok
Enam pesilat negara mengesahkan slot ke pentas akhir acara silat tanding selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini.

Penampilan pertama di Sukan SEA, Shahrul galas tanggungjawab besar
Pesilat muda, Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman memikul tanggungjawab yang cukup besar di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara
Barisan pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi hari ini.

Silat: Muhammad Robial, Nor Farah dan Nor Izzatul lakar nama sebagai juara baharu dunia
Aksi ketiga-tiga mereka berada dalam kelas tersendiri sejak pusingan awal yang bermula 26 Julai lepas.

Pesilat negara mula langkah kanan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Sukan SEA Hanoi: Pesilat negara raih gangsa
Hasrat Luqman beraksi di persembahan penentuan emas tidak tercapai apabila tewas kepada Chomsy Sayasan.

Sukan SEA: Al-Jufferi yakin mara ke final
Dia berpegang kepada ajaran hulubalang dahulu kala betapa darah bangsa kita tiada tandingan.

Pesilat negara sedia berdepan pukulan, tendangan lebih ekstrem di Hanoi
Jaminan itu diberikan jurulatih pencak silat negara Mazlan Shaari selepas melihat kemajuan anak buahnya.

Perubahan kelas gugat peluang Mohd Al Jufferi raih emas kelima Sukan SEA
Kecederaan dialaminya sebelum ini menyaksikan beliau sukar untuk menurunkan berat badan sekali gus terpaksa akur beraksi dalam kategori baharu.

Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.