Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui sedih untuk meninggalkan perlumbaan MotoGP musim depan dengan kedudukan 10 terbaik pada Grand Prix (GP) Malaysia tahun lalu menjadi kenangan indah buat pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3.
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.
Selepas dua musim bersaing di kelas elit itu, pelumba itu akan 'turun pangkat' apabila kembali beraksi dalam kelas Moto2 tahun depan bersama pasukan baharu.
"Saya rindu momen berada dalam kelompok 10 terbaik di saingan GP Malaysia musim lepas. Itu adalah yang saya paling akan saya ingat. Saya akui agak sedih untuk meninggalkan perlumbaan MotoGP.
"Namun saya akan lakukan yang terbaik dalam saingan Moto2 musim depan agar dapat kembali beraksi di MotoGP tahun berikutnya.
"Saya kena beri saingan terbaik bagi musim 2020 bagi membolehkan impian ini tercapai. Jika ada rezeki, saya mahu kembali lagi," katanya kepada media hari ini selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 40 minit 59.051 saat (s).
Pelumba kelahiran Ampang, Selangor, itu mengakui akan merindui kenangan bersama pasukan MotoGP bagi tempoh dua musim iaitu Monster Yamaha Tech3 (2018) dan Red Bull KTM Tech 3 (2019) atas pengalaman yang cukup bermakna baginya.
Beliau akan kembali berlumba dalam kelas Moto2 pada musim MotoGP Dunia 2020 bersama pasukan Angel Nieto.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 03 2019

HAFIZH: Saya rindu momen berada dalam kelompok 10 terbaik di saingan GP Malaysia musim lepas.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.