KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang berkongsi nasihat berguna mengenai kepentingan untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang walaupun menghadapi dugaan besar.
Dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman, Mohd Azizulhasni berkongsi pengalaman ketika zaman kanak-kanaknya mengisahkan dirinya yang hampir lemas ketika mengikut abang dan beberapa rakan lain mandi di sungai berdekatan kampung mereka.
"Apa yang saya hendak kongsikan, waktu abang saya, Azrul Hafiz ajar berenang selepas beliau selamatkan saya daripada lemas itu. Beliau ajar saya untuk terapungkan badan dulu. Beliau cakap saya kena relaks kerana kalau tidak saya akan tenggelam.
"Apabila abang saya suruh saya bertenang, saya cakap apa kau cakap ni... nanti aku lemas balik dalam air. Mula-mula memang takut, tapi apabila saya cuba belajar tenangkan diri, relakskan otak, tiba-tiba saya terapung dan saya kata ehh... betul ke ni," katanya.
Pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro itu mengaitkan dengan kehidupan yang diibaratkan sebagai sebuah lautan dunia.
"Kita umpama berada di sebuah lautan dunia. Kita hanya perlu terapung, jangan panik dan jangan lemas. Banyak daripada kita di luar sana lemas sebab mereka panik.
"Saya harap dan doakan semua supaya menjadi orang seperti itu (tidak mudah panik), menjadi insan yang meletakkan segala-galanya kepada Allah, Tawakal," kata Azizulhasni dalam hantarannya di media sosial semalam.
Pelumba berusia 33 tahun itu kini sedang menjalani latihan intensif di Melbourne, Australia bersama ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley, adalah sandaran utama kontinjen negara di Tokyo bagi menamatkan penantian pingat emas pertama pada temasya berprestij dunia itu.
BACA: Melbourne laksana perintah berkurung, Azizulhasni mohon rakyat doakan keselamatan keluarganya
BACA: Azizulhasni akhiri 2020 penuh bergaya
Azizulhasni mengharumkan nama negara tahun lepas apabila meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane pada Disember, satu-satunya pelumba luar meraih kejayaan berkenaan.
Kejayaan berkenaan meletakkan atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu menghuni kedudukan teratas dunia bagi acara pecut individu dan di kedudukan kedua bagi acara keirin dalam ranking terkini Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
![Tenang, jangan panik hadapi dugaan - Azizulhasni Tenang, jangan panik hadapi dugaan - Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613767527_TBAzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni adalah sandaran utama kontinjen negara di Tokyo bagi menamatkan penantian pingat emas pertama pada temasya berprestij dunia itu. - Gambar fail
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025? Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723047254_TBAZIZULHASNI.jpg)
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Azizulhasni kenang jasa MSN Azizulhasni kenang jasa MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729474213_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
![Sukan Olimpik Paris 2024: 'Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni' Sukan Olimpik Paris 2024: 'Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723354852_AnwarIbrahim.jpg)
Sukan Olimpik Paris 2024: 'Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni'
Bukan hanya Jijoe yang kecewa, rakyat Malaysia juga turut sama bersedih, berduka, bermuram durja dengan kontroversi itu.
![Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723047254_TBAZIZULHASNI.jpg)
Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16.
![The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709698486_Azizulhasni.jpg)
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
![Cahaya mata keempat hadiah hari lahir buat Azizulhasni Cahaya mata keempat hadiah hari lahir buat Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704459723_TBAzizulhasni.jpg)
Cahaya mata keempat hadiah hari lahir buat Azizulhasni
Isterinya Athiah Ilyana Abd Samat selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka di Melbourne, Australia hari ini.
![Azizulhasni pejuang sejati Azizulhasni pejuang sejati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679011729_Azizulhasni.jpg)
Azizulhasni pejuang sejati
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia gesa semua pihak terus sokong The Pocket Rocketman.
![Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662051741_TBAZIZULTOKYO.jpg)
Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Azizulhasni tumpu tambah baik 'long sprint' acara keirin Azizulhasni tumpu tambah baik 'long sprint' acara keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670511767_TBAzizulhasni.jpg)
Azizulhasni tumpu tambah baik 'long sprint' acara keirin
Azizulhasni Awang bakal memberi tumpuan untuk menambah baik teknik pecutan dalam acara kegemarannya keirin sebelum berentap di Piala Trek Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2023.
![Liga Juara-Juara Trek UCI: Azizulhasni tamatkan musim di tangga kelapan Liga Juara-Juara Trek UCI: Azizulhasni tamatkan musim di tangga kelapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628392082_TBazizulhasni.jpg)
Liga Juara-Juara Trek UCI: Azizulhasni tamatkan musim di tangga kelapan
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di tangga kelapan bagi kategori sprint lelaki keseluruhan.