STEFANOS Tsitsipas mempertahankan mahkota Kejohanan Tenis Masters Monte Carlo dan menjulang gelaran Jelajah ATP kelapannya dengan menewaskan Alejandro Davidovich Fokina dengan straight set, malam tadi.
Bintang Greece itu - yang menewaskan Andrey Rublev untuk kejayaan di Monaco tahun lalu - mengetepikan pilihan kedua, Alexander Zverev, dalam separuh akhir sebelum mengulangi helahnya dengan kemenangan 6-3, 7-6 (7-3) ke atas Davidovich Fokina.
Tetapi pencabarnya dari Sepanyol tersebut yang menundukkan Novak Djokovic dan juara bertahan Indian Wells Masters, Taylor Fritz, dalam laluan ke final Jelajah ATP sulungnya itu bermula dengan baik di Court Rainier III.
Bagaimanapun, Tsitsipas mula menemui rentaknya dengan pukulan kencang sebelum memenangi empat daripada lima game seterusnya untuk mendahului pertarungan.
Pemain nombor lima dunia yang membuat kemunculan final Masters 1000 keempatnya itu kemudian terkandas dalam servis untuk kedudukan 4-5 dalam set kedua, tetapi sempat mengatur semula langkahnya untuk mengikat permainan sebelum menjamin trofi pertamanya musim ini.
Dengan demikian, Tsitsipas muncul pemain keenam yang memenangi kejuaraan Monte Carlo berturut-turut dalam Era Terbuka, malah separuh daripada lapan gelaran peringkat jelajahnya diraih di atas tanah liat.
"Saya sangat bangga dengan diri sendiri," katanya dalam temu bual di gelanggang.
“Permainan saya tidak begitu berjalan lancar pada satu ketika, tetapi saya kekal tenang untuk menamatkan perlawanan.
"Saya benar-benar bangga dengan kepercayaan yang saya berikan kepada permainan sendiri. Kadang-kadang anda boleh meragui diri sendiri, tetapi adalah penting untuk terus mengekalkan tumpuan."
Astro Arena
Sun Apr 17 2022

Stefanos Tsitsipas bersama trofi yang dimenangi selepas pusingan akhir Kejohanan Tenis Masters Monte Carlo menentang Alejandro Davidovich Fokina, di Monaco, 17 Apr 2022. (Foto AP)
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wimbledon: Chris Eubanks 'hidup dalam mimpi' selepas singkir Stefanos Tsitsipas
Pemain berusia 27 tahun itu dua kali bangkit daripada ketinggalan satu set untuk meneruskan rentak cemerlangnya.

Terbuka Madrid: Medvedev, Tsitsipas teruskan kemaraan, Auger-Aliassime tersingkir
Medvedev meneruskan kemaraan dengan mengatasi pemain Itali daripada pusingan kelayakan, Andrea Vavassori, 6-4, 6-3.

Tenis Terbuka Barcelona: Carlos Alcaraz beri amaran awal tawan gelanggang tanah liat
Alcaraz meraih satu lagi kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas untuk kembali merangkul gelaran Terbuka Barcelona.

Terbuka Perancis: Rangkul gelaran grand slam ke-22, Djokovic ikrar mahu tambah koleksi
Djokovic mengekalkan rentak cemerlang menewaskan Tsitsipas untuk menyamai rekod Nadal yang mencatatkan 22 kemenangan grand slam.

Tenis final ATP: Djokovic lebur hasrat Tsitsipas rampas ranking nombor satu dunia
Novak Djokovic memulakan kempen Pusingan Akhir Tenis ATP dengan kemenangan straight set ke atas Stefanos Tsitsipas di Turin.

Paris Masters: Kemenangan penuh dramatik bawa Djokovic ke final
Juara grand slam 21 kali itu menampilkan persembahan terbaik apabila memenangi empat mata terakhir perlawanan.

Tenis Wimbledon: Kyrgios kecam Tsitsipas 'lemah' selepas dilabel sebagai 'pembuli'
Nick Kyrgios melabel Stefanos Tsitsipas 'lemah' dan mempertahankan gelagatnya di gelanggang selepas pemain Greece itu menggelarnya sebagai 'pembuli'

Tenis Masters Monte Carlo: Tsitsipas lakar sejarah pertahan gelaran
Tsitsipas muncul pemain keenam yang memenangi kejuaraan Monte Carlo berturut-turut dalam Era Terbuka.

Terbuka Rotterdam: Tsitsipas terlalu bagus buat De Minaur
Pemain Greece itu menewaskan lawan dari Australia 6-4, 6-4 dalam masa 90 minit.

Terbuka Rotterdam: Pemain kurang ternama singkir Shapovalov
Shapovalov tewas mengejut kepada pemain kelayakan daripada Republik Czech, Jiri Lehecka.