BAKAT generasi baharu sentiasa menjadi perbualan utama dalam saingan Terbuka AS, tetapi Caroline Wozniacki mengingatkan peminat tenis mengapa mereka tidak harus meninggalkan pemain veteran yang masih bersaing di peringkat tertinggi.
Muncul dalam kejohanan Grand Slam pertamanya dalam tempoh tiga tahun lebih sejak melahirkan anak dua kali, Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5) di Stadium Arthur Ashe sebentar tadi untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan untuk kali kesembilan dalam kerjayanya.
Wozniacki mengesat air mata gembira sebagai realiti bahawa dia baharu sahaja memenangi perlawanan pertamanya ke atas pemain 20 terbaik sejak Pusingan Akhir WTA 2018, juga menentang Kvitova, yang menamatkan rentetan tujuh kekalahan berturut-turut.
Bersara, menimang dua orang anak dan kembali ke sukan yang digemarinya, Wozniacki kini perlu menempuhi halangan sebenar di pentas Grand Slam.
Wakil Denmark itu kini bersedia untuk menentang warga Amerika Syarikat, Jennifer Brady dalam pusingan ketiga esok.
"Saya berasa sangat selesa di sini di New York secara umum," kata Wozanicki.
"Sejak saya tiba di sini, beraksi di gelanggang, dan segala-galanya yang membuatkan saya berasa baik."
Wozniacki beraksi cemerlang dari awal hingga akhir, mempamerkan prestasi konsisten yang membolehkannya memanfaatkan kesilapan Kvitova pada mata penting dalam perlawanan itu. -- Stadium Astro
Astro Arena
Thu Aug 31 2023

Muncul dalam kejohanan Grand Slam pertamanya dalam tempoh tiga tahun lebih sejak melahirkan anak dua kali, Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5). - Foto Stadium Astro
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Tenis Terbuka AS: Caroline Wozniacki lakar kejutan benam Petra Kvitova
Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5).

Tenis Terbuka AS: Murray lakar kemenangan ke-200 saingan Grand Slam
Andy Murray memenangi perlawanan grand slam yang ke-200 dengan kemenangan tiga set ke atas wakil Perancis, Corentin Moutet, di Terbuka AS.

Tenis Terbuka AS: Serena Williams tinggalkan gelanggang dengan penuh emosi
Serena Williams beremosi dalam wawancaranya selepas tewas kepada Ajla Tomljanovic dalam pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Tenis Terbuka AS: Thiem penuhi impian dengan gelaran grand slam pertama
Thiem menewaskan Alexander Zverev 2-6, 4-6, 6-4, 6-3, 7-6 di Flushing Meadows.

Terbuka AS: Thiem bertemu Zverev di final
Dominic Thiem mara ke final grand slam kedua tahun ini hasil kemenangan straight set ke atas Daniil Medvedev dalam Terbuka AS.