NOVAK Djokovic melakar satu lagi pencapaian apabila dia meneruskan usahanya memburu gelaran Kejohanan Wimbledon yang kelapan.
Kemenangan pemain Serbia itu ke atas Jordan Thompson dari Australia dalam pusingan kedua awal pagi tadi bermakna dia menjadi pemain ketiga dalam sejarah di samping Roger Federer dan Serena Williams yang mencatatkan 350 kemenangan perlawanan dalam grand slam.
Juara utama 23 kali itu berjuang untuk menyamai rekod lapan gelaran Federer di gelanggang SW19 itu tetapi tidak menjelmakan tahap terbaik ketika menentang pemain nombor 70 dunia, Thompson.
Dia hanya dua kali mematahkan servis lawannya itu tetapi masih mampu merekodkan kemenangan 6-3, 7-6 (4) dan 7-5 bagi melebarkan rekod kemenangan berturut-turut di Centre Court kepada 41 perlawanan dan kekalahan terakhirnya adalah kepada Andy Murray dalam final 2013.
Djokovic yang turut bertekad menjadi juara perseorangan lelaki tertua Wimbledon pada usia 36 tahun berkata: “Centre Court merupakan gelanggang paling istimewa dalam sejarah tenis. Saya cukup kagum dan menikmati setiap saat yang saya habiskan di atas gelanggang ini.
“Ia adalah satu keistimewaan yang hebat di peringkat kerjaya saya ini apabila saya cuba mendorong pemain muda. Saya dan gelanggang ini mempunyai hubungan romantik yang sangat istimewa."
Djokovic akan menentang sama ada Tomas Martin Etcheverry atau bekas pemenang grand slam, Stan Wawrinka, dalam pusingan ketiga. - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Jul 06 2023

Novak Djokovic melakar satu lagi pencapaian apabila dia meneruskan usahanya memburu gelaran Kejohanan Wimbledon yang kelapan.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Novak Djokovic dakwa ‘diracun’ semasa ditahan di Melbourne pada 2022
Dakwa Djokovic, dia telah "diracun" melalui makanan yang dijamu di sebuah hotel di Melbourne.

Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.

Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.

Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.

Djokovic tewas peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Australia
Novak Djokovic tumpas kepada pemain Itali Jannik Sinner di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Australia.

Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!
Djokovic sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu.

Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.

Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.

Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.