Ibarat mimpi jadi kenyataan.
Demikian ujar Sofia Kenin, bintang tenis muda Amerika Syarikat sejurus menewaskan pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty dalam saingan separuh akhir Terbuka Australia hari ini.
Kenin, 21, lakar sejarah apabila mengetepikan bintang kelahiran Queensland itu untuk mara ke pusingan akhir buat kali pertama dalam jelajah Grand Slam.
Menerusi temu bual selepas perlawanan tersebut, Kenin akui bukan mudah untuk cipta kemenangan ke atas pemain hebat seperti Barty.
“Dia merupakan pemain yang bagus dan itu sebabnya dia berada pada kedudukan nombor satu,” ujarnya.
Menerusi pertemuan dengan Barty di Rod Laver Arena, Kenin menang mudah 7-6 dan 7-5 ke atas Barty yang juga setakat ini berjaya rangkul satu trofi Grand Slam menerusi Terbuka Perancis 2019.
Bagi juara dua kali jelajah Grand Slam, Garbine Muruguza, 26, yang juga pertama kali mara ke peringkat akhir Terbuka Australia, saingan diberikan Simona Halep di peringkat separuh akhir bukan mudah.
Namun bintang Sepanyol yang berada di ranking ke-32 ini berjaya menjinakkan Halep yang juga pemain nombor tiga dunia dengan catat kemenangan 7-6 dan 7-5.
Katanya lagi dalam setiap perlawanan yang berjaya diharunginya nyata bukan mudah untuk meletakkan sasaran berada di peringkat akhir dalam setiap perlawanan.
“Setiap hari adalah aksi yang berbeza, anda perlu mendepaninya,” ujarnya ketika ditemu bual sejurus aksi gemilangnya di Rod Laver Arena.
Muruguza kini dalam misi memburu kejuaraan Grand Slam ketiganya selepas berjaya rangkul trofi tersebut pada Terbuka Perancis 2016 dan Terbuka Wimbledon 2017.
Syafik Shukri Jalil
Thu Jan 30 2020
Muruguza kini dalam misi memburu kejuaraan Grand Slam ketiganya selepas berjaya rangkul trofi tersebut pada Terbuka Perancis 2016 dan Terbuka Wimbledon 2017. - FOTO: Instagram / AustralianOpen
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Bekas pemain tenis nombor satu dunia hamil
Barty berkongsi beritanya dengan menyiarkan foto di Instagram yang memaparkan kasut bayi bersama seekor anjingnya.
Kejutan persaraan Barty: Jaguh tenis dunia doakan masa depan lebih gemilang
Pengumuman persaraan pemain tenis perseorangan wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty bukan sahaja mengejutkan dunia sukan antarabangsa malah turut beri kesan kepada bintang tenis lain.
Selamat tinggal pemain nombor satu dunia! Ashleigh Barty umum bersara
Warga Australia itu membuat pengumuman tersebut di laman sosial Instagram pada Rabu, memberi gambaran bahawa dia mahu 'mengejar impian' lain.
Nadal dijulang juara, ini antara fakta menarik Terbuka Australia 2022
Terbuka Australia 2022 melabuhkan tirainya malam tadi dengan Rafael Nadal dinobatkan sebagai juara perseorangan lelaki sekali gus mencipta rekod meraih gelaran Grand Slam ke-21 miliknya.
Ashleigh Barty juara Terbuka Australia 2022
Pemain tenis nombor satu dunia, Ashleigh Barty muncul juara Terbuka Australia 2022 selepas berjaya menundukkan jaguh Amerika Syarikat, Danielle Collins, sebentar tadi.
Barty tarik diri daripada Terbuka Indian Wells
Barty mengikut jejak juara empat kali kejohanan Grand Slam, Naomi Osaka, yang menarik diri daripada kejohanan di California itu.
Ashleigh Barty juara Wimbledon 2021
Ashleigh Barty memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia apabila meraih kejuaraan Grand Slam keduanya menerusi final Wimbledon 2021 sebentar tadi.
Kejohanan Wimbledon: Barty bangga tewaskan Kerber untuk ke final
Bagaimanapun, Barty perlu mengerahkan aksi terbaiknya sebelum menang 6-3, 7-6 di Center Court.
Kejohanan Wimbledon: Barty tidak sabar jumpa Kerber dalam separuh akhir
Dalam perlawanan suku akhir grand slam itu Barty mudah memastikan kemenangan 6-1, 6-3 dalam tempoh sejam dan enam minit.
Tenis Terbuka Australia: Pilihan pertama Ashleigh Barty tersingkir, tumbang di laman sendiri
Pemain tuan rumah, Ashleigh Barty tempa kekalahan dalam saingan suku akhir Terbuka Australia 2021 dalam aksi pertemuan dengan pemain di ranking 25 dunia, Karolina Muchova.