BINTANG Austria Dominic Thiem mara ke final Terbuka Australia buat kali pertama selepas menundukkan Alexander Zverev dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.
Thiem yang kalah pada pusingan pertama mula dengan 3-6 bagaimanapun mula menunjukkan belang selepas melakar kemenangan menerusi set kedua, tiga dan empat dengan 6-4, 7-6 dan 7-6.
Kemenangan ini turut menyaksikan Thiem muncul sebagai bintang tenis pertama negaranya yang melayakkan diri ke pusingan akhir Terbuka Australia.
Sebelum ini di pusingan suku akhir, Thiem lakar rentak permainan yang padu untuk menyekat kemaraan bintang Sepanyol, Rafael Nadal yang berada pada ranking nombor satu dunia.
Menerusi perlawanan yang berlangsung di Rod Laver Arena itu, Thiem tampil aksi tidak konsisten di pusingan pertama dan Zverev berjaya menguasai rentak permainan seterusnya menang mudah 6-3.
Pusingan kedua menyaksikan Thiem kembali mengasak untuk memenangi set tersebut dengan 6-4.
Pusingan ketiga dan keempat lebih sengit apabila kedua-dua mereka lebih bijak dan peka dalam mengimbangi rentak permainan dan berjaya mengawal tekanan sehingga dua set terakhir ini terpaksa diheret ke pusingan tie break.
Menerusi pusingan sengit ini, Thiem berjaya menguasai kedua-dua set untuk menyekat laluan Zverev untuk beraksi di final.
Pusingan akhir yang akan berlangsung pada 2 Februari ini menyaksikan Thiem bakal berhadapan dengan juara bertahan Novak Djokovic dari Serbia yang juga buru kejuaraan kelapannya pada kejohanan kali ini.
Djokovic mara selepas berjaya leburkan misi Roger Federer untuk merangkul trofi Grand Slam yang ke-21 dengan 7-6, 6-4 dan 6-3.
Syafik Shukri Jalil
Fri Jan 31 2020

Kemenangan ini turut menyaksikan Thiem muncul sebagai bintang tenis pertama negaranya yang melayakkan diri ke pusingan akhir Terbuka Australia. - Foto Instagram/@domithiem

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia
Pemain Itali, Jannik Sinner merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad.

Tenis Final ATP: Medvedev ke separuh akhir, Alcaraz catat kemenangan sulung
Daniil Medvedev muncul individu pertama melayakkan diri ke separuh akhir Final ATP di Turin dengan menewaskan Alexander Zverev.

Terbuka Perancis: Kecederaan paksa Zverev tarik diri, Nadal mara ke final
Rafael Nadal mara ke final Terbuka Perancis buat kali ke-14 pada Jumaat selepas pilihan ketiga Alexander Zverev terpaksa tarik diri akibat kecederaan buku lali.

Adakah Carlos Alcaraz 'ancaman' kepada Big Three di Terbuka Perancis 2022?
Pencapaian luar biasa bintang muda Carlos Alcaraz yang berjaya meraih gelaran ATP keempatnya di Terbuka Madrid awal pagi tadi membuktikan kehadirannya wajar diberi perhatian.

Tenis Terbuka Madrid: Zverev mara ke final
Zverez akan berdepan Carlos Alcaraz, yang menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic sebelum ini.

Tenis Masters Monte Carlo: Tsitsipas lakar sejarah pertahan gelaran
Tsitsipas muncul pemain keenam yang memenangi kejuaraan Monte Carlo berturut-turut dalam Era Terbuka.

Jelajah Akhir ATP: Zverev tempah pertemuan dengan Djokovic dalam separuh akhir
Kemenangan Zvererz turut menyaksikan impian Jannik Sinner untuk mara lebih jauh di bumi kelahirannya tidak kesampaian.

ATP Akhir: Atasi Zverev, Medvedev terus tampil aksi cemerlang
Wakil Russia itu melengkapkan kemenangan 6-3 ,6-7 (3-7), 7-6 (8-6) dalam pertembungan sengit di Turin.

Djokovic fokus saingan Terbuka AS
Usaha pemain nombor satu dunia melakar Golden Slam lebur dalam Sukan Olimpik apabila tewas kepada Alexander Zverev dalam separuh akhir di Tokyo.

Tokyo 2020: Aksi cemerlang Zverev pastikan emas buat Jerman
Kemenangan 6-3, 6-1 ke atas Karen Khachanov merupakan langkah paling sempurna buat pemain di ranking kelima dunia, Zverev.