KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Jepun.
Pada aksi di Pusat Sukan Negeri di Sydney itu, Tze Yong melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan Kanta Tsuneyama 21-18 dan 21-8 dalam pertarungan 39 minit.
Pemain ranking ke-21 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan pemain Jepun, Kento Momota atau pilihan ketujuh kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie yang beraksi dalam satu lagi aksi pusingan awal.
Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei selepas ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama kejohanan apabila tewas kepada wakil India Aakarshi Kashyap 15-21 dan 17-21.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini telah mengalami siri kekalahan yang mengecewakan dalam pusingan pertama, bermula dari Masters Malaysia 2023 (Mei), Terbuka Indonesia (Jun), Terbuka Korea dan Terbuka Jepun (Julai).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Tze Yong melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan Kanta Tsuneyama 21-18 dan 21-8 dalam pertarungan 39 minit. - Gambar fail

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia
Pemain Itali, Jannik Sinner merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad.

Terbuka Australia BWF: Smash Lee Zii Jia paling laju, kerap pecah rekod
Lee Zii Jia menamatkan cabaran Terbuka Australia selaku juara apabila mengatasi lawan dari Jepun, Kodai Naraoka di Sydney, minggu lalu.

Badminton: Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Australia
Lee Zii Jia memerlukan masa lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Australia 2024 hari ini.

Terbuka Australia: Sabalenka tundukkan Lesia
Aryna beraksi di Melbourne Park tanpa negara rasmi berikutan pemain Rusia dan Belarus dilarang bertanding oleh penganjur.

Terbuka Australia: Nur Izzuddin kecewa tewas, hempas raket
Pengalaman berdepan tekanan ternyata milik Seung Jae-Min Hyuk apabila tenang menunjuk jalan keluar kepada beregu negara dalam masa 41 minit.

Zii Jia, Tze Yong bertemu di suku akhir Terbuka Australia esok
Dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong beraksi cemerlang apabila berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Australia 2023 hari ini.

Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia
Ng Tze Yong melakar sensasi apabila menyingkirkan pemain nombor lima dunia, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada Khamis.

Zii Jia akhirnya berjaya pecah kebuntuan di Terbuka Australia
Zii Jia akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan di pusingan pertama yang "membelenggu" beliau selepas hampir dua bulan, dengan kejayaan melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia.

Terbuka Australia: Tze Yong mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Jepun.

Terbuka Perancis: Rangkul gelaran grand slam ke-22, Djokovic ikrar mahu tambah koleksi
Djokovic mengekalkan rentak cemerlang menewaskan Tsitsipas untuk menyamai rekod Nadal yang mencatatkan 22 kemenangan grand slam.