KUALA LUMPUR: Juara beregu dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan, apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir kejohanan badminton Terbuka Denmark 2022 di Odense semalam.
Gandingan nombor satu negara itu, hanya mengambil masa 31 minit untuk mengenepikan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-13, 21-18 pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan di ranking keempat dunia, dijadual bertemu pasangan India yang juga pilihan ketujuh perlawanan R Satwiksairaj-Chirag Shetty, pada perlawanan suku akhir hari ini.
Pada masa sama, perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama 21-5, 21-19.
Pemain ketiga dunia itu bakal berentap dengan perseorangan Indonesia Jonatan Christie pada suku akhir hari ini.
Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, mencipta sensasi apabila menewaskan rakan sepasukan Tan Kian Meng dan pasangannya Lai Pei Jing 18-21, 24-22, 22-20.
Pasangan ke-13 dunia itu, bakal bertemu pilihan kedua kejohanan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, pada pertembungan suku akhir.
Bagaimanapun, perjuangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah terhenti, apabila disingkirkan pasangan China yang juga pemain pilihan utama kejohanan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 21-18, 20-22, 21-17.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Aaron-Wooi Yik (gambar) dijadual bertemu pasangan India R Satwiksairaj-Chirag Shetty pada perlawanan suku akhir Jumaat. - Facebook BAM

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik ungguli pertemuan epik dua beregu negara
Mereka seterusnya akan berdepan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi, begi penentuan ke separuh akhir hari ini.

Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.

Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.

Zii Jia naib juara Terbuka Denmark
Zii Jia yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Artik baru-baru ini dijinakkan pemain China, Weng Hong Yang dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Terbuka Denmark: Zii Jia mara ke suku akhir
Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Denmark selepas lawannya, Viktor Axelsen menarik diri di pusingan kedua.

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark 2023.

Terbuka Denmark: Zii Jia lepasi pusingan pertama, bakal berdepan Axelsen
Lee Zii Jia menepati ramalan selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense.

Zii Jia 'lepaskan' Terbuka Hylo
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka Hylo di Jerman yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 6 November ini.

Zii Jia akur gagal raih gelaran Terbuka Denmark
Zii Jia dengan tenang menerima keputusan tersebut dan berazam untuk kembali semula dengan lebih mantap pada Terbuka Perancis 2022.