Turun selaku pilihan kelima, Aaron dan Wooi Yik bermula perlahan dan ketinggalan pada awal set pertama tetapi mereka kemudian mula mengejar di pertengahan aksi untuk mencatatkan kemenangan 21-18.
Permulaan berbeza ditampilkan bekas juara dunia itu dalam set kedua, di mana mereka amat jarang berada di belakang sebelum mengesahkan kemaraan, juga dengan kemenangan 21-18, selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seungjae, dan gandingan pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, bagi penentuan ke final esok. -- Stadium Astro