KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024 di Jakarta hari ini.
Pemain ranking ke-32 itu berdepan cabaran getir sebelum menundukkan Tien Chen 21-18, 13-21, 21-17 dalam tempoh 67 minit di Istora Senayan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.
Jun Hao yang mengejutkan pemain tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan Jonatan Christie pada pusingan pembukaan semalam bakal berdepan juara Sukan Asia Li Shi Feng dari China, esok.
Shi Feng, pemain pilihan keenam kejohanan menewaskan Christo Popov dari Perancis 21-11, 21-13, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
Sementara itu beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan saingan di kejohanan berkenaan setelah tewas kepada beregu bukan pilihan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 16-21, 14-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Aksi Jun Hao ketika menewaskan pemain nombor satu Taiwan Chou Tien Chen pada peringkat pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia 2024 hari ini. - Foto Bernama

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Chong Wei wakil tunggal negara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei muncul wakil tunggal negara ke separuh akhir badminton Terbuka Indonesia.