Kedua-dua beregu mempamerkan aksi cemerlang di set pertama, saling mengutip mata demi mata sebelum wakil China terlebih dahulu menoktahkan set pertama dengan kemenangan 21-17.
Ketinggalan dalam set pertama tidak menggugat corak permainan Tang Jie-Ee Wei, apabila mereka memperkemaskan aksi sebelum menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Segalanya serba menjadi buat pasangan negara itu apabila berjaya mendahului 13-8 menerusi corak permainan pantas yang gagal disaingi beregu China itu.
Mereka berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat permainan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-13. - Stadium Astro
