KUALA LUMPUR: Peminat badminton tidak menunggu lama untuk mendapatkan tiket Terbuka Malaysia 2023 dengan beberapa kategori tiket hampir habis dijual selepas dibuka untuk jualan pada Isnin.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataannya menasihatkan peminat yang ingin menyaksikan acara "Super 1000" supaya segera membuat pembelian bagi mengelakkan kekecewaan.
"Jualan tiket memang laris sepanjang hari dan BAM menjangkakan trend ini berterusan untuk beberapa hari akan datang.
"BAM berterima kasih kepada peminat di atas sokongan kuat mereka." katanya.
Ia berkata mereka yang mahu membeli tiket boleh melakukannya secara dalam talian di https://my.bookmyshow.com/e/PMO23JAN.
Terbuka Malaysia 2023 akan berlangsung dari 10 hingga 15 Jan di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

BAM menasihatkan peminat yang ingin menyaksikan acara "Super 1000" supaya segera membuat pembelian.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.

BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.

Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Persatuan Badminton Malaysia berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang kehadiran di Stadium Juara, Bukit Kiara.

BAM umum 13 pemain tinggalkan skuad kebangsaan, Pearly-Thinaah kekal beregu wanita
BAM merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain terbabit dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.

Tiada betul atau salah Sze Fei-Izzudin keluar BAM - Bekas atlet badminton negara
Menurut Chong Ming, tiada yang salah mahupun tiada yang betul mengenai keputusan mereka untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

BAM setuju lepaskan Sze Fei-Nur Izzudin 1 Sept
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 1 Sept ini.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Norza letak jawatan Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada badan induk itu.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

BAM kunci mulut keputusan Sze Fei-Izzuddin untuk bergerak secara profesional
BAM mengambil pendekatan kunci mulut berkenaan hasrat beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk meninggalkan badan induk itu.