KUALA LUMPUR: Perenang muda negara Andrew Goh berjaya memecah rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat (s) untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mencukupi untuk perenangSelangor itu muncul juara apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa di belakang pemenang Ronan Zuberg Wantenaar dari Namibia (1:02.10s) manakala Likith Selvaraj Prema dari India membawa pulang perak (1:02.21s). .
Selepas meraih perak dalam acara 200m kuak dada semalam, Andrew bangga mencipta rekod kebangsaan hari ini dan mengaitkan kejayaannya dengan jurulatih renang kebangsaan baharu dari Kanada, Eric Anderson yang menyertai pasukan itu pada Februari lalu.
"Cerita yang melucukan ialah ketika saya sedang memanaskan badan saya memberitahu rakan saya bahawa saya merasakan sesuatu yang baik akan datang dan ternyata ia merupakan rekod kebangsaan baharu, jadi saya rasa kerja keras saya membuahkan hasil,"kata Goh.
"Saya menjalani latihan di peringkat negeri sebelum kembali ke kem kebangsaan sejak lima minggu lalu dan saya dapat melihat banyak peningkatan apabila berlatih di bawah Erik. Dia seorang jurulatih hebat dan saya tidak sabar untuk bersamanya pada masa depan," katanya.
Dalam acara lain, perenang Terengganu, Arvin Shaun Singh Chahal mengungguli acara 200m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 1:49.39s untuk meninggalkan Jayden Tan dari Kuala Lumpur yang meraih perak (1:50.76s) dan gangsa milik perenang Kuala Lumpur, Muhammad Dhuha Zulfikry (1:51.69s)..
Sementara itu, Thea Blomsterberg dari Denmark mencatat masa 1:08.35s untuk merangkul emas 100m kuak dada wanita dan memadamkan rekod kejohanan lapan tahun milik perenang negara Phee Jinq En, 1:08.65s.
Jinq En dari Selangor memenangi perak dengan 1:09.42s manakala Tan Rouxin dari Johor melengkapkan podium dengan memperoleh gangsa (1:13.07s).
Kejohanan empat hari itu akan berakhir Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Andrew Goh mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019. - Bernama
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.

Terbuka Malaysia: Andrew cipta rekod kebangsaan 100m kuak dada
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019.