KUALA LUMPUR: Peminat badminton tanah air dijangka dapat melihat Ng Tze Yong yang lebih mantap pada saingan Terbuka Malaysia 2024 bermula Selasa ini di Axiata Arena, selepas pemain perseorangan lelaki itu menerima sentuhan bekas jurulatih fizikal Datuk Lee Chong Wei, Mohd Rosdi Abd Ghani.
Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan berkata, sebelum ini Tze Yong, 23, didapati mempunyai kekurangan dari segi kekuatan dan kecergasan, yang menyukarkannya memberi cabaran kepada barisan pemain ternama dunia secara konsisten walaupun beliau pernah mencipta kemenangan mengejut, termasuk ke atas pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen.
Barisan kejurulatihan negara telah menggunakan tempoh lebih kurang sebulan dari hujung musim lepas hingga kejohanan pembuka tirai 2024 ini, untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti, termasuk mendapatkan khidmat Mohd Rosdi.
"Sebelum ini kurang fokus untuk kecergasan kerana banyak kejohanan berturut-turut, jadi pada masa ini masa untuk tumpukan kepada kecergasan. Jadi kita akan dapat melihat pada Terbuka Malaysia apa hasilnya, jika ada peningkatan yang meyakinkan dari segi kekuatan dan kecergasan ... kita percaya ada," katanya pada sidang media kejohanan itu di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Juara Dunia 2001 berasal dari Indonesia itu berkata jika dibandingkan dengan bekas jaguh negara Chong Wei dan seorang lagi pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, kekuatan fizikal Tze Yong agak kurang.
"Contohnya dari segi serangan dan tenaga tak sama macam Chong Wei dan Zii Jia, tetapi serangan pada sudut tertentu dan serangan balas yang baik, yang itu kita harus tingkatkan. Kita juga harus mengikuti zaman kerana kini perlukan kelajuan dan tenaga, berbanding zaman saya dulu lain, pemain main rali masih boleh muncul juara.
"Tze Yong dulu banyak kalah pusingan pertama, sekarang banyak ke suku akhir, separuh akhir dan mengejutkan pemain lebih baik, tetapi masih kurang dari segi ketekalan. Jurulatih pun sedang cuba, kita pun mahu cepat tetapi perlu berhati-hati kerana tidak mahu menyebabkan kecederaan," katanya.
Beliau turut mengakui mengalami tekanan sejak Chong Wei bersara pada 2019 kerana belum mampu melahirkan seorang lagi pemain yang mampu menjadi jaguh dunia, namun optimis dengan peningkatan dan perkembangan yang ditunjukkan Tze Yong yang kini menduduki ranking ke-15 dunia.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berharap bahawa pengalaman dan kebolehan Mohd Rosdi mampu membantu Tze Yong memperbaiki kekurangannya untuk mampu menandingi pemain terbaik dunia secara konsisten.
"Harap beliau dapat kaji keadaan Tze Yong ...yang paling utama kita kenal pasti adalah kena meningkatkan kecergasan, kekuatan tubuh, kekuatan kaki, kerana kekuatan tubuh bawah boleh sokong pinggang semua. Kalau tak, nanti terlalu bergantung pada kekuatan tubuh atas yang boleh menyebabkan kecederaan.
"Antara kekuatan Tze Yong yang saya dapat lihat, pukulannya boleh mengelirukan lawan dan tidak dapat diambil. Beliau perlu melakukan lebih banyak smesy silang dan pukulan junam untuk meraih mata," katanya.
Beliau turut menegaskan keperluan untuk meningkatkan pengumpulan data perlawanan seperti jenis pukulan, serangan yang berjaya dan tidak untuk tujuan peningkatan prestasi.
Dalam pada itu, Tze Yong mengakui prestasinya menunjukkan peningkatan selepas latihan intensif selama sebulan ini, selain mendapat peluang untuk berlatih bersama Chong Wei beberapa hari lepas.
"Memang ada peningkatan pada kali ini kerana sebelum ini latih satu dua minggu tak nampak sangat perbezaan. Saya juga gembira dapat belajar beberapa perkara daripada Datuk Chong Wei, yang sangat berguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Usaha atasi kekurangan dari segi kekuatan dan kecergasan, yang menyukarkan Tze Yong beri cabaran kepada barisan pemain ternama dunia. - Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.

Badminton: Tze Yong sudah kembali berlatih - Rexy
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan ringan bersama kem skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas.

Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.

Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.

Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.