NG Tze Yong, Lee Zii Jia dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, memperoleh kemenangan penting dalam pusingan pembukaan Terbuka Perancis BWF, sementara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut lolos.
Kontinjen Malaysia menyertai acara Super 750 kedua Eropah itu dengan semangat yang tinggi berikutan kejayaan kejuaraan Aaron-Wooi Yik menggondol gelaran Terbuka Denmark dan Zii Jia bergelar naib juara.
Zii Jia yang dalam momentum tinggi mempamerkan keinginan tingginya untuk membalas dendam ke atas juara Terbuka Demmark, Weng Hongyang, 21-15, 21-11..
Bagaimanapun, biarpun berdepan tempoh pemulihan yang singkat, Aaron-Wooi Yik tidak perlu turun gelanggang untuk menghadapi wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, serta tiga wakil negara dihantar pulang.
Tze Yong mengorak langkah dengan kejayaan 21-9, 21-9 ke atas pemain Belanda, Mark Caljouw, yang menyaksikan dia mengawal sepenuhnya pertemuan selama 35 minit itu.
Pemain nombor 18 dunia itu berpeluang cerah ke suku akhir tetapi perlu mengatasi rintangan pemain Perancis, Arnaud Merkle, dalam pusingan kedua.
Tang Jie-Ee Wei mencatat kemenangan 21-12, 21-12 ke atas lawan mereka dari Denmark untuk menempah pertemuan menarik dengan seteru dari Hong Kong, Reginald Lee-Ng Tsz Yau.
Soon Huat-Shevon turut cemerlang menerusi kemenangan 21-9, 21-8 ketika menentang pencabar Taiwan, Yang Po-hsuan-Hu Ling-fang, untuk menempah pertemuan dengan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari negara sama.
Bagaimanapun, naib juara Terbuka Finland, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, ditunjukkan jalan keluar lebih awal oleh seteru Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, selepas gagal meneruskan rentak positif set pertama 21-18, 18-21, 15-21.
Astro Arena
Thu Oct 26 2023
Tze Yong mengorak langkah dengan kejayaan 21-9, 21-9 ke atas Mark Caljouw, yang menyaksikan dia mengawal sepenuhnya pertemuan selama 35 minit itu. - Foto Astro ARENA
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Terbuka Perancis BWF: Ng Tze Yong, Lee Zii Jia atur langkah ke pusingan kedua
Kontinjen Malaysia menyertai acara Super 750 kedua Eropah itu dengan semangat yang tinggi.