BANGKOK: Perseorangan Malaysia Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia untuk layak ke pusingan separuh akhir Terbuka Thailand di Impact Arena di sini, hari ini.
Zii Jia akan bertemu rakan senegara Liew Daren yang mara ke separuh akhir selepas menewaskan Zhao Jun Peng dari China 21-10, 19-21, 21-19.
Pemain nombor enam dunia itu yang kini pilihan utama dalam saingan perseorangan lelaki mengambil masa 56 minit untuk meraih kemenangan 21-10, 14-21, 21-16 ke atas Shesar Hiren.
Pemain berusia 24 tahun itu bermain baik pada set pertama namun tidak dapat mengekalkan momentumnya sebelum tewas pada set kedua 14-21.
Zii Jia mempamerkan kekuatan mentalnya pada set penentuan apabila bangkit selepas ketinggalan 4-12 untuk mengutip mata demi mata dan mengikat kedudukan pada 15-15.
Juara Asia itu seterusnya mengerahkan sepenuh tenaga untuk meraih kemenangan 21-16, sekali gus menempah tempat ke separuh akhir esok.
Kemenangan hari ini membawa rekod tanpa kalahnya kepada 11 perlawanan, bagaimanapun, pemain badminton profesional itu mengakui ia adalah permainan yang mencabar menentang perseorangan Indonesia berkenaan.
"Saya kurang yakin dan fokus pada perlawanan hari ini. Kecergasan saya ok namun mental agak penat terutama selepas kejohanan berintensiti tinggi, Kejohanan Asia dan Piala Thomas. Saya akan buat yang terbaik dalam separuh akhir esok," katanya kepada Bernama.
Daren juga terpaksa bekerja keras bagi mendapatkan slot ke separuh akhir.
"Perlawanan berdepan Zii Jia esok sukar. Saya akan cuba yang terbaik," katanya.
Sementara itu, beregu utama Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus meraih keputusan cemerlang dan menempah tiket ke separuh akhir esok, selepas menewaskan pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin 21-17, 21-10 dalam hanya 29 minit.
Pemenang gangsa Tokyo Olimpik dan pilihan keenam kejohanan itu akan bertemu beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Satu lagi beregu Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tersingkir di suku akhir selepas ditewaskan gandingan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-17.
Beregu wanita kebangsaan Pearly Tan-M.Thinaah lebih bernasib baik apabila menewaskan Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun 24-22, 21-12 dalam straight set.
Pasangan itu akan berdepan beregu China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie tewas straight game kepada beregu Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino 18-21, 17-21.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Zii Jia akan bertemu rakan senegara Liew Daren yang mara ke separuh akhir selepas menewaskan Zhao Jun Peng dari China 21-10, 19-21, 21-19. - Gambar fail/ BAM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.

Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.

Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir
Ia selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam 'straight set' oleh lawan masing-masing.

Tze Yong, Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, hari ini.

Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.

Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Terbuka Thailand: Pertembungan antara pemain Malaysia di separuh akhir, Zii Jia bakal berdepan Daren
Perseorangan Malaysia Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.