KUALA LUMPUR:Bekas beregu nombor satu dunia Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Toyota di Bangkok.
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini (Jumaat), selepas menewaskan gandingan tuan rumah Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-15, 16-21, 21-15 dalam perlawanan pusingan kedua di Impact Arena semalam.
Beregu pilihan kelapan Aaron-Wooi Yik pula mengekalkan kualiti permainan mereka apabila menang 21-12, 6-21, 21-12 ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia.
"Saya rasa agak sukar kerana melangkah ke tiga perlawanan. Mungkin sedikit perlahan pada perlawanan kedua dan saya telah melakukan beberapa kesilapan tidak disengajakan. Nasib baik kami bangkit semula.
"Kami mempunyai strategi yang salah pada perlawanan kedua, tidak cukup pantas," kata Wee Kiong seperti dipetik menerusi laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.
Sementara itu, cabaran negara dalam acara perseorangan wanita gagal selepas satu-satunya pemain yang tinggal S. Kisona tewas 10-21, 12-21 kepada pemain pilihan keenam P. V.Sindhu dari India.
Keputusan pusingan kedua:
(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan; tanda [ ] menunjukkan pemain pilihan)
Perseorangan lelaki:
Liew Daren kk H.S.Prannoy (IND) 21-17, 21-18
Beregu lelaki:
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik kk Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin (INA) 21-12, 6-21, 21-12
Goh V Shem-Tan Wee Kiong kk Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (THA) 21-15, 16-21, 21-15
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kk Mathias Christiansen-Niclas Nohr (DEN) 8-21, 21-7, 21-17
Perseorangan wanita:
[6] P. V.Sindhu (IND) kk S.Kisona 10-21, 12-21
Beregu wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kk Setyana Mapasa-Gronya Somerville (AUS) 21-17, 21-15
M.Thinaah-Pearly Tan Koong Le kk Vimala Heriau-Margot Lambert (FRA) 19-21, 21-16, 21-9
Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kk Emilie Lefel-Anne Tran (FRA) 19-21, 21-17, 21-12
Beregu campuran:
[1] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) kk Goh Soon Juat-Shevon Lai Jemie 12-21, 19-21
[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kk Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (INA) 21-18, 21-15
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See kk Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-14, 21-16
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

V Shem-Wee Kiong terus menunjukkan prestasi cemerlang mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Toyota. - Gambar fail

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.