KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu semalam menyerahkan insentif kepada 26 atlet kelahiran Terengganu yang berjaya memperoleh pingat pada temasya Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam, melibatkan peruntukan keseluruhan RM86,000.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) itu melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.
Beliau berkata bagi acara berpasukan pula, wang tunai RM2,500 bagi penyumbang pingat emas, RM2,000 bagi perak manakala RM1,500 bagi gangsa.
"Seramai 57 atlet kelahiran Terengganu telah terpilih mewakili negara ke Sukan SEA baru-baru ini dan 26 orang daripadanya berjaya mengharumkan nama negara dan negeri dengan kutipan 26 pingat pelbagai warna.
"Justeru insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa serta usaha keras mereka dan ia tidak termasuk dalam insentif kemenangan yang diberikan oleh kerajaan pusat," katanya pada Majlis Pemasyhuran Ketua Kontinjen 'Chief de Mission' (CDM) Terengganu Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dan Penyerahan Insentif SHAKE Sukan SEA Ke-31, Vietnam, di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dilantik sebagai CDM mengetuai skuad Sukma 2022.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah.
Atlet berbasikal lebuhraya, Nur Aisyah Mohd Zubir menerima insentif SHAKE terbesar berjumlah RM8,000 selepas menang dua pingat perak dan satu gangsa dalam temasya sukan berkenaan.
Menurut Ahmad Samsuri, insentif tersebut diharap dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada para atlet untuk meningkatkan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.
"Pada September ini para atlet kita akan berjuang di Sukma pula dengan misi mempertahankan kejuaraan yang kita menangi di Perak pada 2018.
"Insya-Allah kita juga menyediakan ganjaran kepada mana-mana atlet Sukma yang berjaya memperoleh pingat yang akan kita umumkan sedikit masa lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Ahmad Samsuri (dua, kanan) menyampaikan insentif kepada atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (dua, kiri) yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Vietnam di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, 8 Jun 2022. --fotoBERNAMA
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.
Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker
Beliau berkata, kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian.
Sasaran pingat Sukan SEA perlu logik, praktikal
Kebijaksanaan dalam membuat percaturan sangat penting dan tidak boleh diambil mudah bagi memastikan kebajikan atlet terjamin.
Sukan SEA: Joshua mahu raih emas di Vietnam
Temasya dwitahunan itu penting buatnya untuk mengulangi pencapaian pingat emas dalam Sukan SEA Indonesia 2011 lalu.
Skuad snuker negara hilang pusat latihan
Tindakan itu diambil ekoran kegagalan Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) menampung kos operasi yang mencecah lebih RM30,000 sebulan.
MAS akan pujuk Mun Yee
Ia agar penerjun itu dapat membantu Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam hujung tahun ini
Sukan SEA: Hantar atlet muda, MOM sedia longgar kriteria pemilihan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menukar kriteria pemilihan atlet ke temasya Sukan SEA 2021, sekiranya cadangan menghantar atlet muda ke sukan dwitahunan itu direalisasikan.
Sukan SEA Vietnam: MOM sedia ubah syarat kelayakan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedia mengubah syarat kelayakan untuk ke Sukan SEA Vietnam 2021.