Salah seorang peminat Neymar berusia 18 tahun, Kaique Menezes, memberi penghormatan kepada Neymar dengan mengukir tatu di kaki yang didedikasikan untuk bintang Brazil berusia 32 tahun itu.
"Sejak saya mengetahui Neymar akan datang ke Santos, saya ingin mendapatkan tatu dirinya kerana saya merupakan peminat tegar sejak kecil.
"Saya meminta artis tatu saya untuk mencipta karya seni untuk menunjukkan kasih sayang saya kepada Neymar.
NEYMAR sah kembali ke kelab lamanya, Santos FC selepas menamatkan kontrak lumayan bernilai 130 juta pound (RM707 juta) setahun dengan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu telah bersetuju dengan kontrak enam bulan bersama Santos di Brazil yang menjadi kelab pertama tempat dia mencipta nama.
Kontrak baharu Neymar di Santos termasuk gaji pokok sebanyak 135,507 pound (RM737,795) sebulan, pengurangan yang besar daripada pendapatan yang diperolehnya di Arab Saudi.