KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-2 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 2-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di sini malam tadi.
Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan dengan penyandang Piala Malaysia musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Babak pertama menyaksikan tuan rumah yang menguasai permainan terlebih dahulu menguji gawang pelawat menerusi percubaan daripada pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi, Sony Norde dan ketua pasukan Habib Haroon tetapi semuanya berjaya diselamatkan penjaga gawang pelawat, Kevin Mendoza yang beraksi cemerlang.
Namun, ketika babak pertama berbaki tiga minit barulah, Ivan Mamut berjaya mencetak gol pertama perlawanan untuk menceriakan lebih 25,000 penonton tuan rumah.
Bagaimanapun, kegembiraan penyokong skuad Penyu tidak bertahan lama apabila skuad bimbingan Menad Bacina berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi tandukan penyerang import, Romel Morales.
Tersentak dengan gol penyamaan, tuan rumah bangkit mengatur serangan dan Ivan menjaringkan gol kedua menerusi rembatan dari dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk (TFC) kembali mendahului KL City 2-1 hingga ke tiupan wisel penamat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Pemain TFC Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob (dua, kanan) diasak pemain KL City FC Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri (tengah) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 3 Nov 2023. --fotoBERNAMA

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Ketumpulan penyudah punca TFC tewas
Badrul Afzan amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.