SKUAD sepak takraw negara bakal berdepan ‘ujian sebenar’ apabila akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Thailand dalam pentas akhir acara berpasukan lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Jumaat.
Pasukan bimbingan Ahmad Jais Baharun tekad melakar kejutan ke atas musuh tradisi itu menerusi strategi ampuh yang dirangka bersama para pemain.
Justeru beliau berharap para pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan ‘hidup dan mati’ itu dapat menyerap tekanan dengan baik.
“Harapan kepada pemain adalah sama (memenangi emas). Para peminat dan penggiat takraw inginkan kejayaan.
“Apa yang penting para pemain perlu menyerap tekanan awal. Perkemaskan lagi jentera pertahanan dan lakukan serangan bervariasi ke gelanggang Thailand melalui servis, rejaman dan hadangan apit kanan,” katanya kepada Sukan Sinar.
Final itu ibarat ulangan final bagi acara sama pada temasya 2018 di Jakarta-Palembang yang menyaksikan skuad negara terpaksa akur kehebatan lawan apabila membawa pulang perak.
Malah aksi akhir itu juga jauh berbeza berbanding ketika mereka melayan ‘servis’ Indonesia, Korea Selatan dan Laos sebelum ini.
Ahmad Jais juga berharap rehat sehari menjelang final di Gimnasium JSC itu, para pemain bersedia sepenuhnya daripada segi fizikal dan mental, selain kecergasan berada pada tahap optimum.
“Keadaan fizikal dan mental pemain meningkat. Harap mereka cergas sepenuhnya dan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Thailand nanti,” katanya.
Mengenai prestasi pemain, Ahmad Jais tidak berpuas hati dengan rentak regu Muhammad Haziq Hairul Nizam bersama Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Farhan Adam yang belum mempamerkan karektar sebenar mereka.
“Saya secara peribadi lihat regu Haziq tidak dapat lagi tunjuk prestasi sebenar seperti ketika kem latihan di Ratchaburi, Thailand dan pertandingan pemanas badan pada Piala Pattaya Ogos lalu.
“Mereka satu regu belum dapat pamer prestasi sebenar dan harap final nanti segala apa yang mereka ada, kelebihan yang dimiliki ‘dikeluarkan’ untuk beri cabaran besar kepada Thailand,” katanya.
Cabaran Malaysia juga digalas Mohammad Syahir Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir.
Turut membawa nama negara ialah regu ketiga yang dibarisi Muhamad Zarif Marican, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Muhammad Zaim Razali. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 29 2023
Skuad sepak takraw negara dalam misi memburu emas dalam aksi final acara berpasukan lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Jumaat. - Foto Facebook/Persatuan Sepaktakraw Malaysia
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.
Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.
Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.